Sabtu, 26 Juni 2010

bm klasik

bm klasik
1.0 PENGENALAN
Manusia adalah makhluk yang paling sempurna yang dijadikan oleh Allah. Perhubungan antara seorang manusia dengan manusia yang lain menggunakan medium perantaraan bahasa. Bahasa yang terawal yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu merupakan isyarat tangan. Penggunaan isyarat tangan merupakan cara untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Hari ini juga orang yang tidak tahu bahasa seseorang yang lain menggunakan tanda atau isyarat tangan untuk menerangkan sesuatu kepadanya. Lama - kelamaan manusia menggunakan bunyi untuk menunjukkan makna sesuatu benda itu. Dari bunyi inilah terbentuknya pertuturan. Penduduk-penduduk dari berlainan negeri membentuk berlainan bunyi menyebabkan terdapat bahasa yang berlainan.
Bahasa memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat dan bangsa. Satu bahasa dapat membentuk sebuah masyarakatyang bersatu kerana semua ahlinya memahami antara satu sama lain.Dengan adanya bahasa, manusia dapat menyatakan dan mengeluarkan perasaan dan fikiran mereka. Satu bahasa adalah cara yang paling baik untuk menunjukkan satu kebudayaan.

1.1 Pengertian Bahasa Melayu Klasik
Untuk tujuan pengertian yang lebih mendalam, terdapat beberapa definisi yang dapat menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu Klasik. Dr. Zaitul Azma ( 2007 ) dalam memetik penerangan oleh Ismail Hamid ( 1987 : 68 ) menulis bahawa tulisan Bahasa Melayu Kuno yang tercatat pada batu-batu bersurat yang tersebut pada masa lampau menerangkan kepada kita bahawa Bahasa Melayu dewasa itu adalah merupakan satu lanjutan sejarah daripada Bahasa Melayu Kuno. Di samping itu artifak ini membuktikan Bahasa Melayu terus berkembang. Bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang statik tetapi adalah satu bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut arus perkembangan zaman.
Mengikut Asmah Hj.Omar ( 1985 : 33 ) “bahasa abad ketiga belas dan ketujuh dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Sementara itu, pembahagian yang dibuat oleh Ismail Hussein ( 1984 : 24 ) adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. ( Dr. Zaitul Azma, 2007 ).Menurut Hj. Mohd Hussein Hj. Baharuddin ( 2007 ), Bahasa Melayu Klasik adalah dikategorikan sebagai bahasa Melayu yang pernah digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika dahulu. Dan sebagai satu bahasa yang memenuhi sifat dan cirinya yang tersendiri, ia juga menyaksikan perkembangan mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Perubahan kepada bahasa ini adalah merangkumi pelbagai aspek terutamanya dari segi kosa kata.

1.2 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Asal-usul orang-orang Melayu agak kabur. Orang Melayu ialah penutur asli bahasa Melayu. Untuk mengetahui tentang Bahasa Melayu, kita perlu memahami dan mempelajari asal-usul Bahasa Melayu. Beberapa orang pengkaji dan sarjana bangsa Eropah seperti Hendrik Kern dan Von Heine-Geldern telah menjalankan kajian tentang asal-usul bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu. Teori-teori yang mereka ramalkan adalah berdasarkan kesan-kesan kebudayaan tua yang ditinggalkan seperti kapak-kapak kuno, beliung dan pelbagai senjata yang dijumpai di Lembah Sungai Hoang-Ho, Yangtze, Mekong, Salween, Irrawaddy dan Brahmaputra.
Beberapa teori menjelaskan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Golongan manusia ini datang dari daerah Yunan dan turun dalam bentuk gelombang pergerakan manusia mendiami wilayah Asia Tenggara. Keadaan ini berlaku sekitar dalam tahun 2500 sebelum Masihi iaitu yang dikenali Melayu-Proto. Kemudian pada tahun 1500 sebelum Masihi datang pula gologan kedua yang dikenali Melayu Deutro.
Melihat bilangan rumpun Bahasa Austronesia yang begitu banyak, cabang nusantara mempunyai jumlah bahasa yang banyak kira-kira 200 hingga 300 golongan. Bilangan penutur asalnya sahaja terdapat di semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan di Sumatera. Sejarah telah membukti bahawa Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di daerah kepulauan melayu sejak zaman-berzaman.
Sejarah juga telah membuktikan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang seperti pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat, pengembara dari India dan China. Kepulauan Melayu dari sejak berabad mulanya sudah menjadi pusat penting bagi perniagaan dan tertumpunya segala bangsa dan budaya. Bahasa Melayu yang pada mulanya hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu sahaja. Jadi Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang penting. Tetapi oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinannya menerima segala unsur luar dan sifatnya yang dapat dibentuk dalam segala keperluan menjadikan bahasa Melayu sebagai ligua-franca apabila kerajaan Melayu Melaka berada dipuncak kegemilangan.
Pengaruh dari India terutamanya agama Hindu menyebabkan bahasa Sanskrit digunakan secara meluas. Pengaruh bahasa Sanskrit pula menjadikan Bahasa Melayu digunakan secara meluas. Banyak perbendaharaan kata diterima masuk ke dalam Bahasa Melayu iaitu aspek kebudayaan dari India yang meliputi segala bidang atau bahagian. Banyak perbendaharaan kata diterima masuk ke dalam bahasa Melayu iaitu perkataan yang menyatakan aspek kebudayaan dari India yang meliputi bidang nama bahagian tubuh, barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan, senjata, perkataan agama dan bidang pertanian. Beberapa contoh perbendaharaan kata dari bahasa Hindu dan Sanskrit seperti bahu, muka rupa, neraca, kodi, sutera, gajah, singa, serigala, cempaka, cendana, delima, kasturi, cemeti, sauku (cambuk), sena (tentera), dosa, surga (syurga), neraka, agama dan puasa. Sifat Bahasa Melayu yang sederhana menjadikan pengaruh bahasa Sanskrit mudah diterima. Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan bagi berbagai-bagai bangsa dan suku yang mengharungi lautan Kepulauan Melayu dari abad ke abad. Dalam masa yang singkat bahasa Melayu dapat menguasai bahasa-bahasa daerah yabg lain.

Sarjana bangsa Belanda, Profesor Nicholas J. Krom (1983 – 1945), ahli sejarah dan kaji purba Jawa yang telah banyak membuat penyiasatan dan kajian tentang Zaman Hindu di kepulauan. Dalam bukunya De Hindoe Javaanche Tijd menyatakan tentang kedudukan bahasa Melayu seperti berikut :
“ …..dalam masa kemudiannya bahasa masyarakat baru timbul dalam bentuk Jawa kuno atau Melayu kuno, terbukti dalam strukturnya iaitu seluruhnya adalah bahasa Indonesia yang dalamnya telah dimasukkan banyak perkataan India. Pada pokoknya perkataan-perkataan ini mempunyai hubungan dengan alat-alat kebudayaan yang lebih tinggi itu, yang dibawa oleh orang Hindu.”
Kesimpulannya, Bahasa Melayu pada hari ini digunakan dan difahami oleh lebih daripada 100 juta umat manusia, jadi dengan sendirinya bahasa ini telah mengambil tempat salah satu bahasa terbesar dan yang penting di dunia. Bahasa Melayu sekarang telahpun menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi dua buah Negara yang luas sekali pengaruhnya, iaitu Malaysia dan Indonesia.

1.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik.
Bahasa Melayu klasik telah diperkenalkan selepas bahasa Melayu kuno berkembang di Nusantara. Perkembangan bahasa Melayu klasik diasaskan daripada tulisan pada batu-batu bersurat pada abad ketujuh. Selepas itu bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan yang seterusnya membentuk ciri bahasa itu sendiri. Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah :

i. Struktur ayat.
Ciri utama gaya bahasa Melayu klasik adalah merangkumi ayat yang mana ayat-ayat yang digunakan panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit malah pembentukan ayat lebih kepada pasif daripada aktif.

ii. Bahasa istana.
Bahasa Melayu klasik lebih bersifat “bahasa istana” seperti gering, santap, beradu, bersemayang, gundik, beta dan sebagainya.


iii. Penggunaan kata pangkal ayat.
Terdapat juga perkataan atau rangkai kata kuno dalam petikan. Banyak menggunakan perdu perkataan sebagai pembuka kata untuk sesuatu cerita atau peristiwa seperti ‘maka’, ‘hatta’, ‘bahawasanya’, ‘alkisah’. Contohnya :
Syahdan maka tengah baginda duduk berkata-kata itu, maka kedengaranlah bunyi-bunyian itu makin azimat bunyian serta bunyinya bedil terlalu gegak gempita bunyinya.

iv. Penggunaan Partikal.
Banyak juga partikal ‘lah’ dan ‘pun’ digunakan terutamanya pada kata kerja seperti ‘santaplah’, ‘magkatlah’, ‘beradulah’. Contohnya:
Setelah diajari oleh baginda tuan puteri itu, maka tuan puteri pun masuklah ke dalam penjaranya tetapi zahirnya juga dikatakan dan kepada batinnya hendak mencari tipu juga.

v. Penggunaan bentuk kiasan, perbandingan serta penggunaan laras puisi.
Penggunaan bentuk kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Hal ini terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.
Kebanyakkan ayat dalam prosa bahasa Melayu klasik terdiri daripada ayat songsang. Ini bererti kedudukan topik atau subjek ayat adalah di belakang atau predikat ayat. Contohnya : Terlalu elok paras Tuan Puteri tiada berbanding lagi. Berangkatlah hulubalang sekalian menghadap baginda sultan.
Dalam prosa bahasa Melayu klasik tidak ada ketetapan yang menghadkan panjang sesuatu perenggan. Oleh itu perenggan-perenggan adalah panjang dan mengelirukan. Selain itu tema yang diutarakan adalah berkisar pada sejarah tokoh istana dan peristiwa yang berlaku atau berkisar diistana. Unsur kepahlawanan yang berlaku termasuk peperangan dan kegagahan raja atau putera raja sering digunakan di samping cerita kayangan seperti Hikayat Malim Deman.
1.4 Peranan Bahasa Melayu Klasik
Peranan bahasa Melayu klasik ialah mengeratkan hubungan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Kebenaran adat adalah diterima sebagai sesuatu yang mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Kegagalan menurut lunas-lunas adat adalah satu perlakuan yang dianggap sumbang dan dikecam.
Dalam mempertuturkan bahasa Melayu klasik ini seseorang itu perlu mengimbas kembali teks Melayu yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batu bersurat, batu nisan dan sebaginya. Hasil tulisan itu kebanyakkannya tertulis sebelum kurun masihi ke 18. Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan jawi.
Bahasa Melayu klasik merupakan alat komunikasi yang digunakan oleh sesebuah kelompok masyarakat bagi menyatakan sesuatu hasrat yang timbul di dalam diri individu. Sebelum menjadi alat komunikasi yang berkesan bahasa Melayu juga dugunakan oleh para sarjana dan ulama untuk menghasilkan pelbagai ilmu seperti ilmu keagamaan, kesusasteraan, undang-undang, ekonomi dan pentadbiran negara.
Bahasa Melayu klasik juga melahirkan struktur organisasi sesebuah kerajaan Melayu ketika itu. Bahasa Melayu klasik ini dari segi temanya masih sama iaitu untuk member kesedaran kepada masyarakat bahawa tidak semestinya yang kuat itu sentiasa menang dan yang lemah itu seringkali kalah. Dalam bahasa Melayu klasik juga banyak disampaikan kisah-kisah yang mengandungi nasihat dan pengajaran. Dalam cerita yang sedemikian sifatnya nama watak tidak perlu disebut dengan tepat dan apa yang ingin ditonjolkan tidak dibiarkan terselindung tetapi dinyatakan dengan jelas (Grinter, 1979).

2.0 W. G. SHELLABEAR
Dalam kajian ini penulis menggunakan edisi Shellabear. Edisi ini diedit oleh W. G. Shellabear iaitu seorang yang berminat terhadap bahasa dan kebudayaan Melayu. Edisi Shellabear diterbitkan pertama kalinya dalam tulisan Jawi pada tahun 1896. Terbitan dalam tulisan Rumi pada tahun 1898. Dikeluarkan dalam dua jilid. Kemudian disatukan dalam satu jilid sahaja pada tahun 1948.
Tun Seri Lanang adalah pengarang atau penyusun semula Sejarah Melayu. Teks asal Sejarah Melayu dipercayai berasal dari sebuah Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa. Naskhah asal hikayat tersebut mungkin sebahagian sahaja dan telah ditokok tambah atau ditulis semula oleh seorang pengarang Melayu yang hidup sezaman dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah ( 1488 - 1511 ). Naskhah asal hikayat tersebut mungkin sebahagian sahaja dan telah ditokok tambah dari sumber-sumber lisan, diperturunkan dari mulut ke mulut. Tun Seri Lanang mencatatkan dalam mukadimah Sejarah Melayu sebagai :
“ Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh ingatkannya, oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya”. ( Sejarah Melayu, 1977, hlm. 2 ).
3.0 ASPEK BUDAYA DAN KEMASYARAKATAN
Dalam menjalankan kajian dari aspek budaya dan kemasyarakatan ini dalam Sejarah Melayu tidak dapat tidak kita mengkaji atau meneliti dari aspek nilai yang ditanam dalam masyarakat pada masa itu. Menurut A.Halim Ngah dalam tesisnya, “Nilai-nilai Di Dalam Masyarakat Ke Atas Nilai-Nilai” ( Jabatan Pengajian Melayu, 1966 ) menyebut bahawa nilai-nilai yang diutamakan bagi golongan rakyat ini ialah bekerjasama, mematuhi adat, berbudi pekerti yang baik dan kesabaran. Ini merupakan gambaran tentang masyarakat Melayu pada zaman itu. Ini dapat kita perhatikan dalam teks Sejarah Melayu seperti berikut :
Maka kelengkapan Melaka pun datang. Adapun kota Siak itu di terpi sungai. Maka oleh orang Melaka segala kelengkapan itu dikepilkan berkembar dengan kota Siak, maka ditempuhi sekali dengan senjata, rupanya seperti air turun dari atas bukit. Maka rakyat Siak pun banyak mati berkaparan. Akan Maharaja Permaisuri, berdiri di atas kotanya mengerahkan segala rakyatnya berperang.
Berdasarkan petikan di atas dapat dikatakan masyarakat pada masa itu bersama-sama memperjuangkan secara bersama-sama untuk mempertahankan Negara walaupun nyawa melayang. Ketaatan yang ditunjukkan ini merupakan budaya yang diterapkan oleh masyarakat pada masa itu.
Budaya Melayu yang taatkan pemerintah memang jelas digambarkan dalam Sejarah Melayu pada Cetera Yang Kedelapanbelas :
Maka kata Bendahara, “Hai! Hai! Hendak durhakakah kamu sekelian? Hendak durhakakah? Cih, kamu sekelian, cih, kerana tiada dapat, hamba Melayu tidak pernah durhaka.
Dalam cerita Hang Tuah jelas diperkatakan tentang taat setia seorang rakyat terhadap sultannya walaupun Hang Tuah sendiri dihukum bunuh oleh fitnah orang tetapi diselamatkan oleh Bendahara lalu membawa balik Hang Tuah untuk menghapuskan Hang Kasturi yang dianggap derhaka kepada sultan. Ini dapat diperhatikan dalam teks Sejarah Melayu :
Setelah Hang Kasturi sudah mati, maka Hang Tuah pun turunlah dari istana itu menghadap Sultan Mansor Syah. Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah.
Penderhakaan merupakan satu musibah yang akan menanti kepada pelaku yang melakukannya kerana dalam masyarakat Melayu, kita tidak boleh menderhaka pada sultan. Ini akibat yang diterima oleh Hang Kasturi yang dianggap derhaka kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuah yang kononnya dihukum bunuh oleh sultan.
Maka bangkai Hang Kasturi itupun ditarik orang dibuangkan ke laut. Maka segala anak bininya semuanya habis dibunuh dan tanah kaki tiang rumahnya pun digali dibuangkan ke laut.
Kerana kesetiaan pada rajanya, pegawai-pegawai Melayu melakukan tugas-tugas yang luar biasa. Ini terdapat dalam cetera yang kedua :
Maka ada seorang hulubalang baginda Permasku Mambang namanya. Maka ialah dititahkan oleh baginda membunuh ular itu. Maka ia pun pergilah. Setelah datang pada tempat ular itu dan pedang Chorek semandang kini itu dikurniakan baginda. Setelah dating pad atempat ular itu mencium bau manusia, maka ia pun keluarlah dari lingkarannya. Maka telah dilihat oleh Permasku Mambang ular itu berlingkar seperti busut yang besar rupanya. Setelah melihat manusia datang, maka ia pun menggerakkan dirinya, maka segera ditetak oleh Permasku Mambang penggal tiga lalu mati.
Dalam Sejarah Melayu juga dalam cetera ketiga menceritakan perhubungan yang akrab antara pemerintah dengan rakyat dan tidak terlalu mengongkong rakyat suruhan. Ini dijelaskan dalam petikan berikut :
Telah datang ke Tanjung Bemban, maka baginda pun turun bermain ke pasir. Maka raja perempuan pun turun dengan segala bini orang besar-besar dan orang kaya-kaya bermain di pasir itu mengambil karang-karangan. Maka raja perempuan duduk di bawah pohon pandan dihadap bini segala orang kaya-kaya. Maka baginda terlalu suka melihat kelakuan dayang-dayang bermain, masing-masing pada kesukaannya, ada yang mengambil siput, ada yang mengambil kupang, ada yang menagmbil ketam.
Dalam hubugan pemerintah dan golongan rakyat merupakan satu ikatan yang teguh walaupun golongan pemerintah adalah golongan minoriti tetapi berkuasa sepenuhnya dalam segala hal. Kekuasaan dalam segala hal terletak di tangan mereka. Dalam hal yang utama ialah kedudukan mereka yang diwarisi ini dikaitkan jurai keturunan raj-raja dengan Iskandar Zulkarnain, seorang raja Mecedonia satu ketika dahulu. Raja-raja ini diberikan kedudukan yang tinggi oleh rakyat dan kepadanya dikaitkan dengan “daulat” yang bukan saja member keistimewaan dalam pelbagai perkara. Ini membuatkan rakyat atau masyarakat Melayu mentaati raja sebagai payung yang memerintah sesebuah negeri yang mesti dipatuhi. Di samping itu, raja-raja melayu pada zaman itu amat mentaati ajaran agama dan takut dilaknat oleh Allah. Mereka menggunakan nama Allah sebagai rujukan dalam sesuatu hal seperti perjanjian ini :
Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya keatas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, taiada pernah member aib pada segala hamba Melayu.
Ini dibuktikan lagi dalam cetera kedua puluh enam, seperti berikut :
“Hai anak cucuku, jangan kamu tukarkan ugama dengan dunia. Adapun dunia itu tidak kekal adanya, kerana hidup itu sahaja akan mati juga kesudahannya. Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian kepada Allah subhanahu wataala dan rasulnya”.
Di samping itu dalam Sejarah Melayu ditonjolkan tentang budaya melayu yang diwarisi sehingga kini iaitu permainan sepak raga. Permainan ini dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa sempadan sama ada golongan raja atau rakyat jelata. Ini dapat dilihat dalam cetera keduapuluh lima:
Adapun Raja Maluku itu terlalu tahu bersepak raga. Maka segala anak tuan-tuan yang muda-muda pun bermain sepak raga, dan Raja Maluku menjadi ibu. Setelah raga dating kepadanya disepaknya raga itu, seratus, tengah dua ratus kali, maka baru diberikannya pada orang lain.
Di samping itu juga layang-layang adalah permainan orang Melayu yang dimaunkan untuk merapatkan jurang dan melahirkan masyarakat yang bersatu dengan pemimpin.
Maka pada sekali peristiwa musim orang bermain layang-layang. Maka segala orang muda-muda dan segala anak tuan-tuan semuanya bermain layang-layang, pelbagai rupanya layang-layang itu.
Adat adalah budaya yang dipegang teguh oleh orang Melayu tanpa mengira zaman kerana adat tidak ditelan zaman. Adat diteruskan sehingga kini kerana orang Melayu memang terkenal dengan adat seperti Adat Pepatih yang kekal sehingga kini di Negeri Sembilan. Dalam sejarah Melayu banyak ditonjolkan adat seperti berikut :
Maka sekalian orang pun kabullah akan Seri Maharaja jadi bendahara. Maka datanglah persalinan seperti adat bendahara, dianugerahi keris bandan dengan selengkapnya. Adapun adat dahulukala, apabila orang jadi bendahara atau jadi penghulu bendahari atau temenggong, akan menjadi menteri, dianugerahi baju skhlat dan keris dengan selengkap alatnya. Tetapi penghulu bendahari atau temenggong dan para menteri tiada berkebak, akan bendahara berkebak dan buli-buli dawat manakala jadi temenggong dianugerahi tombak bertetampan.
Adat bagi orang Melayu dianggap sebagai warisan turun temurun yang amat diberi perhatian yang berat. Adat dijadikan alat utama untuk mengikat dan menggabungkan anggota masyarakat itu. Kebenaran adat adalah diterima sebagai sesuatu yang mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Kegagalan menurut lunas-lunas adat adalah satu perlakuan yang dianggap sumbang dan dikecam.
Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-harian sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaannya ini telah menjadi amalan turun temurun, zaman berzaman yang diwarisi dari nenek moyang kita. “Tidak lapuk dek hujan, Tidak lekang oleh panas”.
Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan di dalam kehidupan seharian telah disemaikan dengan saranan agama. Mana-mana amalan yang bertentangan dengan agama ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Pepatah Melayu ‘biar mati anak jangan mati adat” merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat Melayu. Kebanyakkan adat adalah merupakan peraturan terhadap kehidupan seharian.
Sejarah melayu juga member keterangan yang berhubung dengan kegiatan ekonomi dan politik. Melaka menjadi sebuah pusat tumpuan saudagar-saudagar daripada pelbagai negeri dan bangsa. Ada juga saudagar yang asing terutama orang Keling dan Jawa seperti Nina dan Sura Diwana, Kyai Terambulum, Raja Medeliar yang juga menjadi seorang syahbandar. Ali Manu Nyan, Kitul dan patih Adam, seorang Pangeran dari Surabaya, Jawa mempunyai pengaruh dan hubungan yang amat erat dengan istana dan kerabat diraja Melaka.
Kegemilangan perdagangan yang dinikmati oleh kesultanan Melayu Melaka itu akhirnya pada tahun 1511 dijajah oleh Portugis. Selepas itu Melaka dijadikan sebagai pusat perdagangannya yang penting di Asia Tenggara. Kejatuhan Melaka mendatangkan implikasi yang besar ke atas pedagang-pedagang Melayu dan arab khasnya dan dunia amnya.
Masyarakat Melayu tradisional juga terkenal sebagai satu masyarakat yang menjalankan pelbagai kegiatan harian untuk mendapatkan bahan-bahan makanan atau barangan bagi menyara diri mereka sekeluarga. Di antaranya termasuklah bercucuk tanam, mengkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan ekonomi sara diri yang lain ialah memburu atau menangkap binatang. Kalau kita perhatikan dalam Sejarah Melayu, memburu binatang lebih merupakan satu hobi golongan raja dan pembesar. Tetapi dalam masa tertentu dan bagi golongan masyarakat biasa ia adalah satu aktiviti sampingan untuk mendapatkan makanan.

4.0 ASPEK BAHASA DAN TULISAN
Sejarah Melayu dihasilkan dengan bahasa yang tersendiri, memang wajar bahasa memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu cerita. Sejauh manakah penulis dapat meluahkan iisi hatinya melalui karyanya ditentukan oleh bahasanya. Menurut C.C Berg dalam buku Kajian sejarah Melayu menyatakan sesuai dengan kepantingan sastera Sejarah Jawa terkandung di dalamnya pemerintahan tentang raja-raja yang lebih awal melalui apa yang disebut keajaiban bahasa iaitu menggunakan bahasa sebagai media untuk menimbulkan ketokohan seorang raja. Ini digambarkan didalam Sejarah Melayu :
Telah Sultan Zainul Abidin sampai ke Melaka, maka dipermulia oleh Sultan Mansor Syah, dan diberi persalin dengan selengkap pakaian.
Selain itu bahasa yang digunakan agak sukar untuk difahami secara langsung menyebabkan pembaca memerlukan masa untuk memahami isi yang diucapkan.
Maka anak cucu bagindalah kerajaan turun temurun sampailah kepada anak cucu raja yang bernama Tersi Berderas naik kerajaan. Adapun baginda itu anak Raja Zamrut, cucu Syah Tersi, cicit Raja Dermanus, piut Raja Ardisyir Babegan, anak Raja Kudar Zakuhun, cucu Raja Amtabus, cicit Raja Sabur, piut Raja Aftus, anak Raja Aristun Syah, anak Raja Iskandar Zilkarnain.

Dalam bahasa pertuturan orang Melayu ada perkataan-perkataan yang tidak dapat dituturkan dengan sewenang-wenangnya kerana kemungkinan perkataan yang diungkap tersebut menyentuh pihak tertentu seperti beta, anugerah. Dalam sejarah Melayu banyak bahasa istana digunakan seperti beta, berangkat, beradu, santap, semayam kerana cerita yang dihasilkan adalah berkisar di istana.
Winstedt menyatakan bahawa penulis Sejarah Melayu adalah seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Sanskrit, Parsi, Tamil dan Arab. Hal ini terjadi kerana banyaknya terdapat pengaruh bahasa-bahasa tersebut dalam sejarah melayu. Kedatangan pedagang-pedagang dari India, Cina, Arab dan Parsi tentu mendedahkan Melaka kepada pelbagai rupa kebudayaan dan akibatnya ialah campur aduk kebudayaan yang menarik. Kesannya akibat dan pengaruh kebudayaan negeri-negeri tersebut ke atas Melaka.
Sejarah Melayu mempunyai mukadimahnya yang tersendiri. Hal ini jelas memperlihatkan pengaruh sastera Parsi ke atasnya. Empat ciri mukadimah di dalam Sejarah Melayu ialah :
a) Dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah dan Nabi Muhammad.
b) Pengarang memperkenalkan dirinya lantas memohon kemaafan atas kelemahannya serta kecetekan pengetahuannya.
c) Pengarang mengemukakan sebab dia berbuat demikian ;
“ ……. Pada suatu masa bahawa Fakir duduk pada suatu majlis dengan orang besar-besar bersenda gurau. Pada antara itu ada seorang orang besar, terlebih mulianya dan terlebih besar mertabatnya daripada yang lain, maka berkata ia kepada fakir …….”
d) Pengarang menyebut tarikh dan hari dia memulakan kerjanya.

Bahasa dan ejaan yang terdapat dalam kitab Sejarah Melayu ada pengaruh Acheh. Ini kerana kitab ini dihasilkan semasa beliau berada di Acheh.
Dalam naskhkah ini terdapat kesilapan tentang tanda baca sehingga ditukarbalikkan antara huruf-huruf t, b, th, y dan n; ain dan ng; ha, c dan j; d dan p. Juga berlaku kesilapan antara k, g, dengan l; d dengan h; w, l dengan r. Dalam edisi ini kesilapan itu dibetulkan secara senyap, kecuali ada kesangsian barulah diberikan catatan.
Huruf-huruf vokal juga tidak digunakan secara yang sepatutnya dan pada kebiasaanya vokal tidak digunakan, namun kadang-kadang terdapat juga fathah, alif, wau dan ya. Selain itu, huruf hamzah digunakan apabila terdapat dua vokal berturut-turut. Kadang-kadang terdapat juga bentuk seperti ;
k-a-n-d-r-a-n ( ) = keinderaan
d-a-u-k-r ( ) = diukir
Vokal di akhir kata seperti vokal i dan u, biasanya tidak dinyatakan, umpamanya pada perkataan;
b-h-a-r ( ) = baharu
d-h-u-l ( ) = dahulu
s-r-b ( ) = seribu
t-a-h ( ) = tahu
h-a-r ( ) = hari
Demikian juga dengan huruf diftong au dan ai yang hanya ditulis sebagai wau dan ya, seperti;
h-i-j-u ( ) = hijau
j-k-l-u ( ) = jikalau
r-n-t-u ( ) = rantau
Ejaan e (pepet) menampakkan keanehan dan kebanyakkannya diganti dengan fathah, seperti;
berserban
kerana
kercu
pertuha
Dalam beberapa hal dapat dikatakan yang berlaku itu bukan perbezaan ejaan, terutama kerana beberapa kali digunakan alif untuk bahasa Melayu klasik e seperti;
s-a-g ( ) segi
p-r-s-a-g ( ) persegi
Di samping itu terdapat dammad (depan) sebagai e dalam bahasa Melayu klasik, seperti;
Deli
Kemala
merah
metai
negeri
Di beberapa tempat ditemui ya digandakan dalam ejaan seperti;
b-r-l-i-i-n-n-l-h ( ) berlainanlah
p-r-m-i-i-n-n ( ) permainan
Dalam kebanyakkan naskhah lama wau dan ya digandakan pada kata-kata yang memakai u dan i langsung sebelum atau sesudah vokal lain. Pergandaan ini dilakukan dengan menggunakan huruf tersebut dua kali atau dengan menggunakan tasydid. Ejaan serupa ini terdapat dalam naskhah tulisan Lampung pada kulit kayu, yang tersimpan di Perpustakaan Bodleian sejak 1630 (Voorhoeve 1951 : 357) serta dalam surat-surat yang diterbitkan oleh W.G. Sheelabear dalam makalah “An Account of the Some of the Oldest Malay Mss now Extant” dalam JSBRAS 32, 1896, 107-149.
Pada naskhah Lampung itu terdapat;
ayir
siyapa
tiyada
bayik
Dalam “Some of the Oldest Malay MSS”;
A. s-k-l-i-i-n ( ) sekalian
k-p-r-b-i-i-k ( ) kuperbaiki
B. s-k-l-i-n ( ) sekalian
m-l-i-i ( ) mulia
C. g-l-i-i-n ( ) galian
b-r-c-i-i-u ( ) berciu
Penggunaan tasydid pada konsonan untuk menandakan bunyi pepet sebelumnya terdapat pada beberapa perkataan, seperti;
s-r-r ( ) seri
m-d-d-l-l-i ( ) madeli
Jika digunakan awalan me- pada kata-kata yang bermula dengan letusan bersuara, letusan ini kadang-kadang berubah menjadi bunyi sengau dan bukan terjadi sengau sebelumnya;
mengantikan
menyunjung
menengar
Juga dalam naskhah-naskhah lama lain terdapat bentuk yang serupa seperti pada naskhah tulisan Lampung :
mamunuh
mamasuh
pamasuh



















5.0 KESIMPULAN
Sejarah Melayu sebagai sebuah hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya kerana sebagai sebuah hasil tradisional yang dilihat pada zamannya. Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid dalam buku Kajian Sejarah Melayu menyatakan, kita seharusnya melihat Sejarah Melayu merupakan satu-satunya sumber terpenting bagi pengkajian sejarah alam Melayu umumnya dan Melaka amnya. Pada zaman sebelum kejatuhan Melaka di tangan Portugis tidak ada buku atau manuskrip lain yang boleh menunjukkan masyarakat Melaka dengan cara yang baik dan jelas selain Sejarah Melayu.
Ringkasnya pengarang Sejarah Melayu telah memenuhi matlamat dan objektif karangannya kerana kandungan karya ini telah memenuhi hasrat pengarang sendiri iaitu mengandungi mutiara segala cetera dan cahaya segala perumpamaan. Penulis merumuskan tentang beberapa perkara tentang sejarah Melayu iaitu aspek-aspek yang berkaitan dengan masyarakat seperti soal kepercayaan, agama, struktur social, komuniti, interaksi social. Persejarahan politik juga menyentuh tentang konsep raja dan kerajaan. Dalam persejarahan adat dan istiadat pula kedudukan raja-raja lebih terjamin dengan adanya undang-undang dan larangan diraja.

sejarah tulisan jawi

Jawi
1.0 Pengenalan
Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi

Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya amat berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun penggunaan di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat pengiktirafan dan sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara meluas.Begitu juga penggunaannya di peringkat pengajian di universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh golongan pelajar di Malaysia.

Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia belum banyak diselidiki dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah perkembangannya, terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu pengaruh Arab dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi dipengaruhi dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh ejaan Melayu pula, wujudnya huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-tanda baris.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.

Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber penemuan pada azimat dan tangkal.

Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf Arab.

Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum :

a) Ejaan Tradisi
Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( تئاد ), pada ( قد ), dan kepada ( كقد ).

b) Ejaan Lazim
Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya seperti lada( لادا ), pasu(قاسو ), suka( سوك ), barang( بارغ ), bulan( بولن ),nangka( نغك ), dan bantal( بنتل ).

C) Ejaan Mengikut Hukum
Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti hukum darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum.

1.1 Objektif Kajian
a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati dan kaedah ejaan kata serapan yang terdapat dalam Akhbar Fikrah Harakah.
b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut.
c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji.

1.1 Bahan Kajian
Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar Fikrah Harakah sebagai bahan kajian utama. Tajuk yang diutarakan ialah “Allah Berkuasa Menarik Balik Penglihatan, Pendengaran Golongan Yang MenyanggahNya” dan “Peranan Umat Islam Dalam Menghadapi Cabaran Global” tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertarikh 14 Febuari 2010.

1.2 Kaedah Kajian
Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam akhbar ini, sumber rujukan diperolehi dan dirujuk dari sumber perpustakaan, sumber internet, dan individu tertentu iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu.

1.3 Batasan
Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar Fikrah Harakah agak banyak, namun penulis hanya menghadkan kepada 1000 perkataan awal sahaja. Daripada 1000 perkataan ini kajian akan dibuat berdasarkan objektif yang telah ditentukan.


2.0 Hasil Kajian
Setelah mengkaji 1000 perkataan daripada akhbar, bermula daripada perkataan :
‘Tafsir’ hingga ‘Amin’ didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah seperti berikut (terdapat juga perkataan berulang) :

2.1 Ejaan Lazim
1 Tanda
2 Tanya
3 Banyak
4 Baru
5 Tahu
6 Besar
7 Hasil
8 Usaha
9 Dan
10 Dalam
11 Dewan
12 Ahli
13 Majlis
14 Tentang
15 papan
16 Lagi
17 Batu
19 tanda

2.2 Ejaan Mengikut Hukum

2.2.1 Hukum Darlung
23 kali


2.2.2 Hukum Luar Darlung
24 saya
25 Mana-mana
26 nama


2.2.3 Hukum Ka dan Ga
27 ketika



2.2.4 Hukum Ha dan Aha
28 bahasa

2.3 Ejaan Tradisi
30 Orang
31 Utama
33 Yakni
34 Itu
35 Sendiri
36 Apabila
37 Pertama
38 Ia
39 Yang
40 Huruf sin
41 Atau
42 Tidak
43 Maknanya
44 Sampai
46 Melayu
47 Wujud
48 telah
49 kepada
50 kerana
51 apatah
52 penggaram
53 segera
54 Rahmat
55 sebarang


2.4 Kata Berimbuhan
57 perkataan
58 menjadi
59 melintasi
62 dibandar
63 apakah
64 Terpinga-pinga
65 terlihat
66 perkataan
67 tertinggal
68 Sebaik
69 kerumah
70 menyelongkar
71 pelbagai
72 termasuk
73 ternyata
74 terbaru
75 menyebabkan
76 bertanya
78 tersebut
79 sebuah


2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris
80 edisi



2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
1. ڤد Ejaan tradisi
2. چوتي Ejaan lazim
3. سمستير Ejaan kata serapan Inggeris
4. ڤرسكولهن Kaedah kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan per……..an
5. لالو Ejaan lazim
6. ايبو Ejaan lazim
7. دان Ejaan lazim
8. باڤ Hukum di luar Darlung
9. تله Ejaan lazim
10. ممباوا Kaedah kata berimbuhan awalan (mem)
11. كامي Ejaan lazim
12. ملاوات Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
13. بندر Ejaan lazim
14. كوچيڠ Nama khas
15. سراوق Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
16. وقتو Kata serapan Arab
17. كامي Ejaan lazim (suku kata terbuka)
18. دبريتاهو Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
19. تنتڠ Ejaan lazim (suku kata tertutup)
20. ڤرچوتين Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran)
21. ايت Ejaan tradisi
22. كامي Ejaan lazim (suku kata terbuka)
23. برسورق Kata berimbuhan awalan (ber)
24. كڬمبيراءن Kata berimbuhan apitan
(awalan-akhiran) (ke……an)
25. وه Kata seru
26. سرونوقڽ Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se……..nya)
27. داڤت Ejaan tradisi (suku kata terbuka)
28. ناءيق Bunyi glotis
29. كاڤل تربڠ Kata gabungan
30. كامي Ejaan lazim (Suku kata terbuka + terbuka)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
31. سكلوارڬ Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
32. كلاڤڠن Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
33. تربڠ Ejaan lazim (Suku kata tertutup + tertutup)
34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris
35. دڠن Kata perbuatan
36. مناءيقي Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
37. سبواه Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
38. تكسي Kata serapan Inggeris
39. امبوءي Kata diftong
40. ڤرامه Ejaan lazim
41. سوڠڬوه Ejaan lazim
42. دريبر Kata serapan Inggeris
43. تكسي Kata serapan Inggeris
44. ايت Ejaan tradisi
45. كات Ejaan lazim
46. ايه Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
47. اڤابيلا Ejaan lazim
48. سمڤأي Ejaan lazim
49. د سان Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
50. كامي Ejaan lazim
51. سڬرا Ejaan lazim
52. ملاڤور Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
53. ديري Ejaan lazim
54. سمبيل Ejaan lazim
55. منونجوقكن Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me……..an)
56. تيكيت Ejaan kata serapan Inggeris
57. ڤنربڠن Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe……..an)
58. ستله Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
59. ايت Ejaan tradisi
60. كامي Ejaan lazim
61. منوجو Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
62. كبلاي Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
63. منوڠڬو Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
64. وه Kata seru
65. چڠڬيه Ejaan kata serapan Inggeris
66. سوڠڬوه Ejaan lazim
67. باڠونن Ejaan lazim
68. ايت Ejaan tradisi
69. كات Ejaan lazim
70. ايبو Nama khas
71. ادوهاي Kata diftong
72. سجوق Ejaan lazim
73. ساڠت Ejaan lazim
74. ددالم Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
75. باڠونن Kaedah kata berimbuhan akhiran (an)
76. اين Ejaan tradisi
77. كلوه Ejaan lazim
78. ايه Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
79. سمنتارا Kata geluncur
80. منوڠڬو Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
81. ڤنربڠن Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe……..an)
82. كامي Ejaan lazim
83. دريستورن Ejaan kata serapan Inggeris
84. يڠ Ejaan lazim
- kata dasar satu suku kata
- dieja tidak menggunakan alif
85. اد Ejaan tradisi
86. دسيتو Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
87. كامي Ejaan lazim

2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi
Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan mengikut hukum dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka ‘buta’ dalam pembacaan tulisan Jawi.

Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya, peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama.

3.0 Kesimpulan
Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan merupakan aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Kemunculan tulisan Jawi juga banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al Quran. Pengaruh al Quran dalam penggunaan kata bahasa Melayu juga wujud daripada peminjaman perkataan Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan Jawi bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu sejak dahulu lagi.

Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan sukukata Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata Jawi terbuka dan sukukata Jawi tertutup.
Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala sukukata tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan.
Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf vokal dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif (ا )mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf ya ( ي ) mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( و ) mewakili huruf vokal o. Huruf-huruf konsonan pula adalah selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu, pembentukan sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf konsonan dengan huruf vokal atau sebaliknya.
Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan lama seperti (sudah - سد ه ); ejaan tua (itu - ائت ); ejaan baharu ( billik - بئلئق); ejaan Arab (wajib - واجب); ejaan kemelayuan ( peduli - قد ولئ); dan ejaan kata asing/Inggeris seperti ( vokal – ؤ وكل).

Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara tulisan Jawi di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan Jawi yang tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan dan bagi perkataan baru dan kata pinjaman vokal digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang boleh dengan perkataan asal (Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam penggunaan tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.

Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat sambutan kerana ketika itu sistem ejaan Za’aba telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan sistem lama kepada sistem baru.

Penghasilan buku,’Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan’, dan ‘Daftar Ejaan Rumi-Jawi’, yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan pemantapan yang diusahakan daripada buku,’Daftar Ejaan Melayu Za’aba’(1939). Kedua-dua buku tersebut bertujuan untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan pembaharuan dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh para pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem ejaan tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.

Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu khasnya dan pencinta tulisan Jawi amnya terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran sama ada untuk menerima atau menolak pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi menangani cabaran yang berlaku, pelbagai seminar, perbincangan, bengkel, dan seumpamanya akan/telah diadakan namun peningkatan dan menghargai tulisan Jawi masih di ambang kekaburan.















Bibliografi

Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti Terengganu, Jurnal
Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100-104

Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 :
Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM.hlm.167-179

Hj. Mohd Hussein Hj Baharuddin,Ph.D(2006). Modul BBM3402 Sistem Tulisan Jawi,
Universiti Putra Malaysia, PPL, Serdang: Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.

Mohd Hussein Baharuddin(Julai 2004).Gagasan dan Aktiviti ke Arah Memartabatkan
Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm. 181-187

Mohd Hussein Baharuddin(November 2000).Tulisan Jawi:Perkembangan dan
Cabaran. Monograf: Bil.4 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu,Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm.139-153

Samat Buang(2007,Januari). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. Pelita
Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11


Saiful Bahri Aziz,etc.(2005). Pengajian Islam, Modul 2/3, Mod latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah, Major j-QAF, Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

……http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi bertarikh 16/03/2009
. ……http://www.ftsm.ukm.my/IRPA/EA0036/01Tjawi.html. bertarikh 16/03/2009
. ……http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00089
& s=1&t=toc.htm. bertarikh 29/03/2009

komunikasi


komunikasi

Komunikasi berasal dari bahasa Inggeris communication dan berhubungan dengan bahasa latin communis, communico, communicare yang kesemuanya itu memiliki pengertian “membuat sama (to make common)”. Komunikasi menyatakan bahwa suatu pikiran, makna, atau pesan dianut secara sama. Akan tetapi definisi-definisi kontempori menyarankan bahwa komunikasi merujuk pada cara berbagi hal-hal tersebut.Sedangkan menurut ensiklopedia wikipedia.org, Komunikasi memiliki pengertian sebagai “proses sistematik bertukar informasi di antara pihak-pihak, biasanya lewat system simbol”. Dan menurut Carl I. Hovland Komunikasi adalah “proses mengubah perilaku orang (Communication is the process to modify the behavior of other individuals )”.

Selanjutnya komunikasi juga berkaitan dengan komunitas (Community) atau perkumpulan. Yang juga menekankan pada kebersamaan dan kesamaan. Dimana dalam sebuah komunitas tertentu tentu terbangun karena adanya kesamaan. Entah kesamaan pendapat, agama, bangsa, ataupun tujuan. Dan mereka dapat terus-menerus berjalan bersama karena adanya komunikasi di antara mereka.secara singkat Komunikasi dapat diartikan sebagai usaha manusia untuk berbagi informasi di antara mereka.

Dari paparan di atas tentu sekarang kita memiliki pandangan bagaimana komunikasi itu. Komunikasi merupakan suatu unsur keilmuan yang dapat dipelajari dan termasuk dalam rumpun ilmu sosial terapan. Ruang lingkupnya pun cukup luas karena komunikasi tidak hanya terikat pada komunikasi lisan (verbal) melainkan masih ada komunikasi non verbal yang mencakup jurnalisme. Dan kesemua itu dapat kita pelajari lewat ilmu komunikasi.

Boleh dikatakan bahwa ilmu komunikasi adalah ilmu yang mempelajari berbagai aspek-aspek Komunikasi dan praktiknya. Sedangkan menurut Carl I. Hovland ilmu komunikasi adalah kebolehan yang sistematis untuk merumuskan secara tegar asas-asas penyampaian informasi serta pembentukan pendapat dan sikap.

Dalam praktiknya hampir tiap hari kita memerlukan komunikasi, mulai dari bercakap dengan orang lain, mengirim SMS, mendengarkan pensyarah menjelaskan kandungan kuliah, hingga memberi makanan kepada haiwan peliharaan merupakan beberapa contoh perilaku komunikasi sehari-hari.

Salah satu bentuk perilaku komunikasi yang sangat popular adalah pidato (public speaking). Dimana seorang pemidato menyampaikan idea - idea yang diamanatkan kepadanya bahasa lisan. Dengan diutamakan pengucapan yang disampaikan pemidato tersebut harus difahami oleh pendengar (audience). Bagaimana caranya? Tentunya dengan bahasa yang difahami oleh pendengar, yaitu bahasa setempat. Biasanya syarahan dilakukan di depan khalayak ramai. Dimana seorang penceramah harus menyampaikan ideanya dan mengemas sedemikinan rupa agar para pendengar faham dan melakukan apa yang diinginkannya (adanya perubahan sikap dan pendapat).

Demikianlah paparan singkat dari saya mengenai apa dan bagaimana komunikasi itu. Simbol atau pesan verbal adalah semua jenis simbol yang menggunakan satu kata atau lebih. Bahasa dapat juga dianggap sebagai sistem kod verbal (Deddy Mulyana, 2005). Bahasa dapat juga didefinisikan sebagai seperangkat simbol, dengan aturan untuk mengkombinasikan simbol-simbol tersebut, yang digunakan dan difahami suatu kelompok masyarakat.

Jalaluddin Rakhmat (1949), mendefinisikan bahasa secara fungsional dan formal. Secara fungsional, bahasa diertikan sebagai alat yang dimiliki bersama untuk mengungkapkan sesuatu pendapat atau idea. Ia menekankan dimiliki bersama, kerana bahasa hanya dapat difahami bila ada kesepakatan di antara anggota-anggota kelompok sosial untuk menggunakannya. Secara formal, bahasa diertikan sebagai semua kalimat yang terbayangkan, yang dapat dibuat menurut peraturan tatabahasa.

Tatabahasa meliputi tiga unsur : fonologi, sintaksis, dan sematik. Fonologi merupakan pengetahuan tentang bunyi-bunyi dalam bahasa. Sintaksis merupakan pengetahuan tentang cara pembentukan kalimat. Semantik merupakan pengetahuan tentang erti kata atau gabungan kata-kata.

Menurut Larry L.Barker (dalam Deddy Mulyana,2005),bahasa mempunyai tiga fungsi : penamaan (naming atau labeling), interaksi, dan transmisi informasi. Pertamanya adalah penamaan atau penjulukan merujuk pada usaha mengidentifikasikan objek, tindakan, atau orang dengan menyebut namanya sehingga dapat dirujuk dalam komunikasi.

Berikutnya pula berkaitan fungsi interaksi menekankan berbagai gagasan dan emosi, yang dapat mengundang simpati dan pengertian atau kemarahan dan kebingungan. Seterusnya melalui bahasa, informasi dapat disamakan kepada orang lain, inilah yang disebut fungsi transmisi dari bahasa. Keistimewaan bahasa sebagai fungsi transmisi informasi yang selari dengan menghubungkan masa lalu, masa kini, dan masa depan, memungkinkan kesinambungan budaya dan tradisi kita.

Cansandra L.Book (1980), dalam Human Communication Principles, Contexts, and Skills, mengemukakan agar komunikasi berhasil, sekiranya bahasa harus memenuhi tiga fungsi yang penting. Pertamanya mengenal dunia di sekitar kita. Melalui bahasa kita mempelajari apa saja yang menarik minat kita, mulai dari sejarah suatu bangsa yang hidup di masa lalu sampai dengan kemajuan teknologi semasa.

Keduanya berhubungan dengan orang lain. Bahasa memungkinkan kita bergaul dengan orang lain untuk kesenangan kita, atau mempengaruhi mereka untuk mencapai tujuan kita. Melalui bahasa kita dapat mengendalikan lingkungan kita termasuk orang-orang di sekitar kita.

Seterusnya untuk mewujudkan toleransi dalam kehidupan kita. Bahasa memungkinkan kita untuk lebih teratur, saling memahami serta mengenal diri kita, kepercayaan-kepercayaan kita, dan tujuan-tujuan kita.

Keterbatasan jumlah kata yang tersedia untuk mewakili objek. Kata-kata adalah kategori-kategori untuk merujuk pada objek tertentu seperti orang, benda, peristiwa, sifat, perasaan, dan sebagainya. Tidak semua kata tersedia untuk merujuk pada objek.

kata hanya mewakili realiti, tetapi bukan realiti itu dapat berdiri dengan sendiri. Dengan demikian, kata-kata pada dasarnya bersifat abstrak, tidak menggambarkan sesuatu secara nyata. Kata-kata sifat dalam bahasa cenderung bersifat abstrak,misalnya baik-buruk, kaya-miskin, pintar-bodoh, dan sebagainya.

Kata-kata bersifat ambigu, kerana kata-kata menyebabkan persepsi dan interpretasi orang-orang yang berbeda, yang menganut latar belakang sosial budaya yang berbeza pula. Kata berat, yang mempunya makna yang lazimnya beraneka ragam. Misalnya : tubuh orang itu berat ; kepala saya berat : ujian itu berat.

Bahasa terikat konteks budaya. Oleh karena di dunia ini terdapat berbagai kelompok manusia dengan budaya dan subbudaya yang berbeda. Kewujudan dua orang yang berasal dari budaya yang berbeda boleh jadi mengalami kesalahpahaman ketika mereka menggunakan kata yang sama. Misalanya kata awak untuk orang Minang adalah saya atau kita, sedangkan dalam bahasa Melayu (di Palembang dan Malaysia) bererti kamu.

Dalam berbahasa kita sering mencampuradukkan fakta (huraian), penafsiran (dugaan), dan penilaian. Masalah ini berkaitan dengan kekeliruan persepsi. Ketika kita berkomunikasi, kita menterjemahkan gagasan kita ke dalam bentuk lambang (verbal atau nonverbal). Proses ini lazim disebut penyandian (encoding). Bahasa adalah alat penyandian, tetapi alat yang tidak begitu baik (lihat keterbatasan bahasa di atas), untuk itu diperlukan kecermatan dalam berbicara.

Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang menggunakan pesanan-pesanan nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis.

Jalaludin Rakhmat (1994) mengelompokan pesan-pesan nonverbal sebagai berikut, Pesan kinesik. Pesan nonverbal yang menggunakan gerakan tubuh yang bererti, terdiri dari tiga komponen utama : pesan fasial, pesan gestural, dan pesan postural.

Pesan fasial menggunakan air muka untuk menyampaikan makna tertentu. Berbagai penelitian menunjukan bahwa wajah dapat menyampaikan paling sedikit sepuluh kelompok makna : kebahagiaan, rasa terkejut, ketakutan, kemarahan, kesedihan, kemuakan, pengecaman, minat, ketakjuban, dan tekad. Leathers (1976) menyimpulkan penelitian-penelitian tentang wajah sebagai berikut : a. Wajah mengkomunikasikan penilaian dengan senang dan tak senang, yang menunjukan apakah komunikator memandang objek penelitiannya baik atau buruk ; b. Wajah omunikasikan berminat atau tak berminat pada orang lain atau lingkungan ; c. Wajah mengkomunikasikan intensitas keterlibatan dalam situasi-situasi ; d. Wajah mengkomunikasikan tingkat pengendalian individu terhadap pernyataan sendiri ; dan wajah barangkali mengkomunikasikan adanya atau kurang pengertian.

Pesan gestural menunjukan gerakan sebagian anggota badan seperti mata dan tangan untuk mengkomunikasi berbagai makna. Pesan postural berkenaan dengan keseluruhan anggota badan, makna yang dapat disampaikan adalah : a. Immediacy yaitu ungkapan kesukaan dan ketidaksukaan terhadap individu yang lain. Postur yang condong ke arah yang diajak bicara menunjukan kesukaan dan penilaian positif ; b. Power mengungkapkan status yang tinggi pada diri komunikator. Anda dapat membayangkan postur orang yang tinggi hatiu di depan anda, dan postur orang yang merendah ; c. Responsiveness, individu dapat bereaksi secara emosional pada lingkungan secara positif dan negatif. Bila postur tidak berubah, anda mengungkapkan sikap yang tidak responsif.

Pesan proksemik disampaikan melalui pengaturan jarak dan ruang. Umumnya dengan mengatur jarak kita mengungkapkan keakraban kita dengan orang lain.Pesan akrifaktual diungkapkan melalui penampilan tubuh, pakaian, dan kosmetik. Walaupun bentuk tubuh relatif menetap, orang sering berperilaku dalam hubungan dengan orang lain sesuai dengan persepsinya tentang tubuhnya (body image). Erat kaitannya dengan tubuh ialah upaya kita memebentuk citra tubuh dengan pakaian dan kosmetik.

Pesan paralinguistik adalah pesan nonverbal yang berhubungan dengan cara mengucapkan pesan verbal. Satu pesan verbal yang sama dapat menyaipaikan arti yang berbeza bila diucapkan secara berbeza. Pesan ini oleh Deddy Mulyana (2005) disebutnya sebagai parabahasa. kesan sentuhan dan bau-bauan. Alat penerima sentuhan adalah kulit yang mampu menerima dan membedakan emosi yang disampaikan orang melalui sentuhan. Sentuhan dengan emosi tertentu dapat mengkomunikasikan : kasih sayang, takut, marah, bercanda, dan tanpa perhatian.

Fungsi kesan nonverbal.Mark L. Knapp (dalam Jalaludin, 1994), menyebutkan lima fungsi kesan nonverbal yang dihubungkan dengan kesan verbal :Repetisi, yaitu mengulang kembali gagasan yang sudah disajikan kembali secara verbal. Misalnya setelah mengatakan penolakan saya, saya menggelengkan kepala.

Subtitusi, yaitu menggantikan lambang-lambang verbal. Misalnya tanpa sepatah katapun kita berkata, kita menunjukan persetujuan dengan mengangguk-anggukan kepala.Kontradiksi, menolak pesan verbal atau memebri makna yang lain terhadap pesan verbal. Misalnya anda ‘memuji’ prestasi teman dengan mencibirkan bibir, seraya berkata “Hebat, kau memang hebat”.

Komplemen, yaitu melengkapi dan memperkaya makna pesan nonverbal. Misalnya, air muka anda menunjukan tingkat penderitaan yang tidak terungkap dengan kata-kata.Aksentuasi, yaitu menegaskan pesan vebbal atau menggarisbawahinya. Misalnya anda mengungkapkan betapa jengkelnya anda dengan memukul meja.

Sementara itu, Dale G. Leathers (1976) dalam Nonverbal Communication Systems, menyebutkan enam alasan mengapa pesan verbal sangat signifikan. Faktor-faktor nonverbal sangat menentukan makna dalam komunikasi interpersonal.Perasaan dan emosi lebih cermat disampaikan lewat pesan nonverbal ketimbang pesan verbal.

Kesan nonverbal menyampaikan makna dan maksud yang relatif bebas dari penipuan, distorsi, dan kerancuan.Kesan nonverbal mempunyai fungsi metakomunikatif yang sangat diperlukan untuk mencapai komunikasi yang berkualiti tinggi.Kesan nonverbal merupakan cara komunikasi yang lebih efisien dibandingkan dengan kesan verbal.

Pesan nonverbal merupakan sarana sugesti yang paling tepat.Prinsip-prinsip komunikasi seperti halnya fungsi dan definisi komunikasi mempunyai uraian yang beragam sesuai dengan konsep yang dikembangkan oleh masing-masing pakar. Istilah prinsip oleh William B. Gudykunst disebut asumsi-asumsi komunikasi. Larry A.Samovar dan Richard E.Porter menyebutnya karakteristik komunikasi. Deddy Mulyana, Ph.D membuat istilah baru yaitu prinsip-prinsip komunikasi. Terdapat 12 prinsip komunikasi yang dikatakan sebagai penjabaran lebih jauh dari definisi dan hakikat komunikasi yaitu :

Prinsip 1 : Komunikasi adalah suatu proses simbolik.Komunikasi adalah sesuatu yang bersifat dinamis, sirkular dan tidak berakhir pada suatu titik, tetapi terus berkelanjutan.
Prinsip 2 : Setiap perilaku mempunyai potensi komunikasi. Setiap orang tidak bebas nilai, pada saat orang tersebut tidak bermaksud mengkomunikasikan sesuatu, tetapi dimaknai oleh orang lain maka orang tersebut sudah terlibat dalam proses berkomunikasi. Gerak tubuh, ekspresi wajah (komunikasi non verbal) seseorang dapat dimaknai oleh orang lain menjadi suatu stimulus.

Prinsip 3 : Komunikasi punya dimensi isi dan hubungan. Setiap pesan komunikasi mempunyai dimensi isi dimana dari dimensi isi tersebut kita bisa memprediksi dimensi hubungan yang ada diantara pihak-pihak yang melakukan proses komunikasi. Percakapan diantara dua orang sahabat dan antara dosen dan mahasiswa di kelas berbeda memiliki dimesi isi yang berbeda.

Prinsip 4 : Komunikasi itu berlangsung dalam berbagai tingkat kesengajaan Setiap tindakan komunikasi yang dilakukan oleh seseorang bisa terjadi mulai dari tingkat kesengajaan yang rendah artinya tindakan komunikasi yang tidak direncanakan (apa saja yang akan dikatakan atau apa saja yang akan dilakukan secara rinci dan detail), sampai pada tindakan komunikasi yang betul-betul disengaja (pihak komunikan mengharapkan respon dan berharap tujuannya tercapai)

Prinsip 5 : Komunikasi terjadi dalam konteks ruang dan waktuPesan komunikasi yang dikirimkan oleh pihak komunikan baik secara verbal maupun non-verbal disesuaikan dengan tempat, dimana proses komunikasi itu berlangsung, kepada siapa pesan itu dikirimkan dan kapan komunikasi itu berlangsung.

Prinsip 6 : Komunikasi melibatkan prediksi peserta komunikasiTidak dapat dibayangkan jika orang melakukan tindakan komunikasi di luar norma yang berlaku di masyarakat. Jika kita tersenyum maka kita dapat memprediksi bahwa pihak penerima akan membalas dengan senyuman, jika kita menyapa seseorang maka orang tersebut akan membalas sapaan kita. Prediksi seperti itu akan membuat seseorang menjadi tenang dalam melakukan proses komunikasi.

Prinsip 7 : Komunikasi itu bersifat sistemik.Dalam diri setiap orang mengandung sisi internal yang dipengaruhi oleh latar belakang budaya, nilai, adat, pengalaman dan pendidikan. Bagaimana seseorang berkomunikasi dipengaruhi oleh beberapa hal internal tersebut. Sisi internal seperti lingkungan keluarga dan lingkungan dimana dia bersosialisasi mempengaruhi bagaimana dia melakukan tindakan komunikasi.

Prinsip 8 : Semakin mirip latar belakang sosial budaya semakin efektiflahkomunikasi. Jika dua orang melakukan komunikasi berasal dari suku yang sama, pendidikan yang sama, maka ada kecenderungan dua pihak tersebut mempunyai bahan yang sama untuk saling dikomunikasikan. Kedua pihak mempunyai makna yang sama terhadap simbol-simbol yang saling dipertukarkan.

Prinsip 9 : Komunikasi bersifat nonsekuensial. Proses komunikasi bersifat sirkular dalam arti tidak berlangsung satu arah. Melibatkan respon atau tanggapan sebagai bukti bahwa pesan yang dikirimkan itu diterima dan dimengerti.

Prinsip 10 : Komunikasi bersifat prosesual, dinamis dan transaksional. Konsekuensi dari prinsip bahwa komunikasi adalah sebuah proses adalah komunikasi itu dinamis dan transaksional. Ada proses saling memberi dan menerima informasi diantara pihak-pihak yang melakukan komunikasi.

Prinsip 11 : komunikasi bersifat irreversible. Setiap orang yang melakukan proses komunikasi tidak dapat mengontrol sedemikian rupa terhadap efek yang ditimbulkan oleh pesan yang dikirimkan. Komunikasi tidak dapat ditarik kembali, jika seseorang sudah berkata menyakiti orang lain, maka efek sakit hati tidak akan hilang begitu saja pada diri orang lain tersebut.

Prinsip 12 : Komunikasi bukan panasea untuk menyelesaikan berbagai masalah. Dalam arti bahwa komunikasi bukan satu-satunya ubat mujarab yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Rujukan

http://meiliemma.wordpress.com/2006/10/17/prinsip-prinsip-komunikasi/

http://komuikasi.wordpress.com/2010/01/26/definisi-ilmu-komunikasi/

http://felixsharieff.wordpress.com/2009/12/15/komunikasi-verbal-dan-non-verbal/