Bahasa Melayu atau dalam konteks negara kita lebih dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan salah satu bahasa yang penting di dunia, terutamanya di rantau Asia. Sejak Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Akta DBP), 1959 yang memastikan kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar, bahasa Malaysia berkembang dengan luas. Meluasnya penggunaan bahasa Melayu ini, maka penggunaan bahasa baku juga perlu diperluaskan terutama semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu.
Walaupun pada masa kini dunia yang terbuka luas dan teknologi maklumat mewujudkan keadaan baru, penggunaan sebutan baku masih mempunyai kerelevanannya. Sebutan bahasa Melayu baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Di Malaysia bidang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan merupakan sebuah institusi pendidikan yang formal dan rasmi. Ini bermakna keberkesanan dalam sesuatu bidang pembelajaran pengajaran sangat bergantung kepada sebutan yang betul dan dapat di terima oleh pelajar dan murid. Bidang pendidikan yang begitu luas skopnya memerlukan satu jenis sebutan yang dapat di terima oleh semua.Apatah lagi kewujudan kepelbagaian dialek kedaerahan memerlukan mekanisma satu sistem bunyi yang seragam dan sama.
Definisi
Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan” .
Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.
Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.
Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek.
Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.
Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak bersistem dan berperatura. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi mmepunyai kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam komuniti bahasa tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya.
Menurut Profesor Nik Safiah Karim : “Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri”.
Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah. Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada tahun 1988.
Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : “Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris”.
Relevan
Walapun pada masa kini jarang didengari guru-guru menggunakan sebutan baku semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tetapi penggunaan sebutan baku sangat releven ini kerana keseragaman bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu istilah. Para pendidik khasnya guru – guru mempunyai sejarah pendidikan yang sama. Justeru itu penggunaan sebutan bahasa Melayu baku tidak sukar untuk di terima pakai oleh mereka.Apabila tenaga pengajar tidak mempunyai banyak masalah dalam penggunaan sebutan bahasa Melayu baku maka penggunaan sebutan baku tidak menjadi masalah dan dapat berjalan lancar, seterusnya akan meningkatkan lagi penguasaan sesuatu ilmu yang ingin diketengahkan dalam sesuatu bidang pengajaran itu.
Menurut Ismail Dahaman, penggunaan sebutan bahasa Melayu baku akan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan seta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sedia maklum para guru yang di tempatkan dalam sesebuah sekolah lazimnya datang dari pelbagai daerah. Menggunakan satu jenis sebutan yang selaras akan lebih memudahkan murid – murid belajar mendengar dengan satu bunyi yang seragam dan sama. Menggunakan Bahasa Melayu dalam kebanyakkan mata pelajaran memerlukan satu sebbutan yang sama lagi seragam.
Releven menggunakan sebutan bahasa Melayu baku contohnya dalam mata pelajaran sejarah, pengabungjalinan yang secara langsung iaitu penggunaan bahasa Melayu akan memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu itu sendiri. Para pelajar akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu itu sendiri. Jadi kemahiran berbahasa merupakan satu faktor penentu untuk menambahkan kefahaman murid dalam mata pelajaran sejarah juga.
Bahasa yang dianggap baik ialah bahasa yang mudah lagi praktis dari segi pelbagai segi seperti pembakuan bahasa itu sendiri. Penggunaan bahasa baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu baku di sekolah. Setiap warga sekolah mematuhi aspek peraturan tatabahasa, senang dipelajari dan mudah digunakan dalam segenap bidang dan situasi untuk mencapai sesuatu matlamat ataupun penurunan sesuatu ilmu ataupun maklumat dari guru kepada murid ataupun komunikasi sesama rakan pelajar.
Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa yang berkesan mestilah bahasa yang berkesan yang semestinya tepat, jelas dan mampu menyampaikan sesuatu ilmu ataupun maklumat. Bahasa Melayu baku sesuatu alat yang mampu menghuraikan selok belok ilmu yang tinggi. Dalam beberapa hal, bahasa Melayu baku telah mencapai tahap kecendikiaan, iatu tahap keupayaan yang dapat mengungkapkan bidang ilmiah dengan sempurna.
Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek sebutan merupakan satu bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah teransang pancaindera mereka dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku yang sempurna lagi mantap akan dapat memancarkan kesempurnaan dan memancarkan kejituan dalam aspek tertentu.
Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sangat releven kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan pengayaan kosa kata dan struktur tatabahasa. Bahasa Melayu baku telah berupaya untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk menjadi pemangkin pengaliran ilmu di antara guru dan pelajar – pelajar. Juga di antara pelajar sesama pelajar khususnya dalam kerja kumpulan dan sebagainya.
Pengajaran dan pembelajran bahasa Melayu baku yang khususnya dalam aspek sebutan adalah releven kerana sebutan baku telah mencapai tahap penghujahan. Pelajar berupaya untuk menyatakan sesuatu hujah menggunakan taakulan, bukti, keterangan sokongan, pengertian dan unsur lain yang dapat memantapkan sesuatu hujah. Pembinaan hipotesis yang baik telah membuktikan sebutan bahasa Melayu baku sangat releven untuk dipraktikan dan terus dimurnikan dalam bidang pembelajran di sekolah – sekolah.
Sebutan bahasa Melayu baku juga dibuktikan dengan ungkapan – ungkapan fikiran dan perasaan pelajar – pelajar. Pelajar dapat berfikir untuk menentukan dan melahirkan idea dengan memfokuskan sewaktu pembelajran berlangsung. Pelajar mampu mengolah dan menyusun idea dapat mengembangkan idea, mengembangkan idea dengan fakta, bukti, keterangan dan berkeupayaan untuk berkomunikasi sama ada antara guru atau sesama rakan sekelas.
Sebutan bahasa Melayu baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sudah menjadi releven kerana bahasa Melayu sudah mencapai tahap kesempurnaan yang diperlukan. Menggunakan sebutan baku telah berupaya untuk menyampaikan idea dan hujah secara rasional dan lojik, menggunakan sebutan bahasa Melayu baku telah memperlihatkan sifat cerdik pandai, bijak, terpelajar dan intelektual. Hal ini menunjukkkan betapa relevennya penggunaan sebutan bahasa Melayu baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan sebutan bahasa Melayu baku juga telah membuktikan kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar – pelajar dan guru – guru menggunakan kaedah sebutan untuk penyajian fakta atau idea yang beraneka. Sebutan bahasa Melayu baku bergantung juga kepada latar belakang pelajar atau guru, masa dan konteks tertentu. Keadaan persekitan dan hubungan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian di sekolah. Semakin rumit sesuatu isi pengajaran menuntut kepada kaedah penggunaan bahasa yang lebih dinamik dan seragam
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkait rapat dengan kelenturan bahasa yang diguna pakai. Sebutan bahasa Melayu baku telah mencapai keperluan ini. Sebutan baku mudah diolah oleh pelajar ataupun guru boleh diolah dengan lebih fleksibel.Sebutan baku dapat disesuaikan dalam pelbagai keadaan atau perubahan. Jadi suasana pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan memudahkan perpindahan maklumat ataupun ilmu pengetahuan antara dua hala. Iaitu perpindahan maklumat antara guru dengan pelajar ataupun sebaliknya.
Sebutan bahasa Melayu baku releven digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana sudah mencapai ciri kepraktisan. Apabila sudah mencapai tahap ini maka mudah dan senang penggunaan bahasa baku dituturkan. Rintangan terutama dari segi cara penyampaian idea dan perasaan tidak tergendala. Hal ini amat mustahak kerana penyampaian idea dan percambahan pendapat tidak tersekat oleh halangan komunikasi.Guru dapat menyampaikan maklumat dan pelajar dapat bersoal jawab tanpa banyak sekatan dalam aspek bahasa yang digunakan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas juga memerlukan kesan keberkesanan. Jesteru itu aspek sebutan bahasa Melayu baku telah berjaya mencapai ciri ini. Penggunaan sebutan bahasa Melayu baku membuktikan bahawa tercapaidan telah menepati sesuatu tujuan. Pelajar telah dapat menyatakan sesuatu yang tersurat mahupun yang tersirat. Para guru juga dapat memberitahu dan menyatakan sesuatu yang tersurat ataupun yang tersirat. Keberkesanan ini penting untuk menjamin tahap kefahaman pelajar dalam sesuatu topik ataupun isi sesuatu pengajaran.
Sebutan bahasa Melayu baku sesuai digunapakai dan releven dalam pengajaran dan pembelajaran kerana unsur ketertiban dalam bahasa itu sendiri.Unsur ketertiban dapat dilihat apabila hubungan komunikasi di antara guru dan murid ataupun murid dan guru.Urutan fakta dan idea yang diketengahkan oleh guru mahupun murid dapat dijalin rapi, teratur dan sistematik melalui tahap demi tahap.Pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna jika bermula dengan kaedah dari mudah kepada sukar, dari konkrit kepada abstrak.aciri ini dapat diwujudkan dalam bahasa baku melalui penggunaan kohesi dan koherens.
Pengungkapan idea, cita – cita dan keprihatinan terhadap isi pengajaran dan pembelajaran secara pertengahan atau tidak memperlihatkan luahan isi pengajaran atau pandangan secara kesederhanaan.Relevennya sebutan bahasa Melayu baku mempunyai ciri sebegini.Guru meluahkan rasa hati ataupun perasaan berlandaskan isi pengajaran yang telah dirancang sebelumnya.Jadi sewaktu mengungkaikan isi pengajaran untuk difahami oleh murid ciri keserhaan ini memainkan peranan yang utama.Sebutan baku yang digunapakai akan memudahkan lagi proses pengajaran dilakukan.Pengaliran maklumat ataupun isi pengajaran akan mudah difahami oleh murid - murid. Objektif pengajaran akan lebih mudah tercapai dengan penggunaan sebutan yang sederhana ini.
Kejayaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu unsur yang sangat penting iaitu kestabilan.Menggunakan sebutan bahasa Melayu baku memenuhi kriteria ini.Setiap orang guru akan konsisten menggunakan sebutan yang seragam. Murid yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pelbagai suku keturunan mudah memahami setiap yang diperkatakan oleh guru yang mengajar di kelasnya. Jelaslah di sini bahawa sebutan bahasa Melayu baku sangat releven digunapakai di dalam kelas. Pewujudan peraturan untuk menghasilkan unsur ketertiban dalam bahasa. Tanpa adanya peraturan, kestabilan bahasa tidak dapat di capai.
Sebutan bahasa Melayu baku merupakan satu jalan terbaik untuk menjadi faktor utama untuk pemahaman murid yang terdiri dari pelbagai latarbelakang geografi dan bangsa. Sebutan bahasa Melayu baku yang seragam inilah yang boleh diterima pakai dalam situasi masyarakat majmuk seperti di negara ini. Memandangkan wujudnya kepelbagaian dialek daerah memerlukan satu lagi penyeregaman satu sebutan yang boleh difahami oleh setiap murid yang berada dalam kelas berkenaan. Disini pula sebutan bahasa Melayu baku memain peranannya.
Pengungkapan bahasa dari setiap orang guru berperanan besar untuk kefahaman murid – muridnya. Pengungkapan bahasa secara sopan memerlukan unsur budi bahasa dalam pengajaran yang disampaikan. Relevennya sebutan bahasa Melayu baku digunapakai di sekolah kerana memenuhi ciri sebagai keberadabannya. Pengajaran dan pembelajaran untuk mendidik kumpulan kanak – kanak ataupun remaja – remaja amatlah memerlukan unsur keberadaban. Sebutan bahasa Melayu yang selaras dan seragam dapat mencegah unsur emosi tanpa kawalan, penghinaan ataupun ejekan. Sebutan yang digunapakai yang seragam dapat memainkan peranannya untuk menambah tahap pengucapan yang lebih sopan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Releven menggunakan sebutan bahasa Melayu baku contohnya dalam mata pelajaran sejarah, pengabungjalinan yang secara langsung iaitu penggunaan bahasa Melayu akan memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu itu sendiri. Para pelajar akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu itu sendiri. Jadi kemahiran berbahasa merupakan satu faktor penentu untuk menambahkan kefahaman murid dalam mata pelajaran sejarah juga.
Bahasa yang dianggap baik ialah bahasa yang mudah lagi praktis dari segi pelbagai segi seperti pembakuan bahasa itu sendiri. Penggunaan bahasa baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu baku di sekolah. Setiap warga sekolah mematuhi aspek peraturan tatabahasa, senang dipelajari dan mudah digunakan dalam segenap bidang dan situasi untuk mencapai sesuatu matlamat ataupun penurunan sesuatu ilmu ataupun maklumat dari guru kepada murid ataupun komunikasi sesama rakan pelajar.
Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa yang berkesan mestilah bahasa yang berkesan yang semestinya tepat, jelas dan mampu menyampaikan sesuatu ilmu ataupun maklumat. Bahasa Melayu baku sesuatu alat yang mampu menghuraikan selok belok ilmu yang tinggi. Dalam beberapa hal, bahasa Melayu baku telah mencapai tahap kecendikiaan, iatu tahap keupayaan yang dapat mengungkapkan bidang ilmiah dengan sempurna.
Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek sebutan merupakan satu bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah teransang pancaindera mereka dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku yang sempurna lagi mantap akan dapat memancarkan kesempurnaan dan memancarkan kejituan dalam aspek tertentu.
Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sangat releven kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan pengayaan kosa kata dan struktur tatabahasa. Bahasa Melayu baku telah berupaya untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk menjadi pemangkin pengaliran ilmu di antara guru dan pelajar – pelajar. Juga di antara pelajar sesama pelajar khususnya dalam kerja kumpulan dan sebagainya.
Pengajaran dan pembelajran bahasa Melayu baku yang khususnya dalam aspek sebutan adalah releven kerana sebutan baku telah mencapai tahap penghujahan. Pelajar berupaya untuk menyatakan sesuatu hujah menggunakan taakulan, bukti, keterangan sokongan, pengertian dan unsur lain yang dapat memantapkan sesuatu hujah. Pembinaan hipotesis yang baik telah membuktikan sebutan bahasa Melayu baku sangat releven untuk dipraktikan dan terus dimurnikan dalam bidang pembelajran di sekolah – sekolah.
Sebutan bahasa Melayu baku juga dibuktikan dengan ungkapan – ungkapan fikiran dan perasaan pelajar – pelajar. Pelajar dapat berfikir untuk menentukan dan melahirkan idea dengan memfokuskan sewaktu pembelajran berlangsung. Pelajar mampu mengolah dan menyusun idea dapat mengembangkan idea, mengembangkan idea dengan fakta, bukti, keterangan dan berkeupayaan untuk berkomunikasi sama ada antara guru atau sesama rakan sekelas.
Sebutan bahasa Melayu baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sudah menjadi releven kerana bahasa Melayu sudah mencapai tahap kesempurnaan yang diperlukan. Menggunakan sebutan baku telah berupaya untuk menyampaikan idea dan hujah secara rasional dan lojik, menggunakan sebutan bahasa Melayu baku telah memperlihatkan sifat cerdik pandai, bijak, terpelajar dan intelektual. Hal ini menunjukkkan betapa relevennya penggunaan sebutan bahasa Melayu baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan sebutan bahasa Melayu baku juga telah membuktikan kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar – pelajar dan guru – guru menggunakan kaedah sebutan untuk penyajian fakta atau idea yang beraneka. Sebutan bahasa Melayu baku bergantung juga kepada latar belakang pelajar atau guru, masa dan konteks tertentu. Keadaan persekitan dan hubungan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian di sekolah. Semakin rumit sesuatu isi pengajaran menuntut kepada kaedah penggunaan bahasa yang lebih dinamik dan seragam.
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkait rapat dengan kelenturan bahasa yang diguna pakai. Sebutan bahasa Melayu baku telah mencapai keperluan ini. Sebutan baku mudah diolah oleh pelajar ataupun guru boleh diolah dengan lebih fleksibel.Sebutan baku dapat disesuaikan dalam pelbagai keadaan atau perubahan. Jadi suasana pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan memudahkan perpindahan maklumat ataupun ilmu pengetahuan antara dua hala. Iaitu perpindahan maklumat antara guru dengan pelajar ataupun sebaliknya.
Sebutan bahasa Melayu baku releven digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana sudah mencapai ciri kepraktisan. Apabila sudah mencapai tahap ini maka mudah dan senang penggunaan bahasa baku dituturkan. Rintangan terutama dari segi cara penyampaian idea dan perasaan tidak tergendala. Hal ini amat mustahak kerana penyampaian idea dan percambahan pendapat tidak tersekat oleh halangan komunikasi.Guru dapat menyampaikan maklumat dan pelajar dapat bersoal jawab tanpa banyak sekatan dalam aspek bahasa yang digunakan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas juga memerlukan kesan keberkesanan. Jesteru itu aspek sebutan bahasa Melayu baku telah berjaya mencapai ciri ini. Penggunaan sebutan bahasa Melayu baku membuktikan bahawa tercapaidan telah menepati sesuatu tujuan. Pelajar telah dapat menyatakan sesuatu yang tersurat mahupun yang tersirat. Para guru juga dapat memberitahu dan menyatakan sesuatu yang tersurat ataupun yang tersirat. Keberkesanan ini penting untuk menjamin tahap kefahaman pelajar dalam sesuatu topik ataupun isi sesuatu pengajaran.
Sebutan bahasa Melayu baku sesuai digunapakai dan releven dalam pengajaran dan pembelajaran kerana unsur ketertiban dalam bahasa itu sendiri.Unsur ketertiban dapat dilihat apabila hubungan komunikasi di antara guru dan murid ataupun murid dan guru.Urutan fakta dan idea yang diketengahkan oleh guru mahupun murid dapat dijalin rapi, teratur dan sistematik melalui tahap demi tahap.Pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna jika bermula dengan kaedah dari mudah kepada sukar, dari konkrit kepada abstrak.aciri ini dapat diwujudkan dalam bahasa baku melalui penggunaan kohesi dan koherens.
Pengungkapan idea, cita – cita dan keprihatinan terhadap isi pengajaran dan pembelajaran secara pertengahan atau tidak memperlihatkan luahan isi pengajaran atau pandangan secara kesederhanaan.Relevennya sebutan bahasa Melayu baku mempunyai ciri sebegini. Guru meluahkan rasa hati ataupun perasaan berlandaskan isi pengajaran yang telah dirancang sebelumnya.Jadi sewaktu mengungkaikan isi pengajaran untuk difahami oleh murid ciri keserhaan ini memainkan peranan yang utama.Sebutan baku yang digunapakai akan memudahkan lagi proses pengajaran dilakukan.Pengaliran maklumat ataupun isi pengajaran akan mudah difahami oleh murid - murid. Objektif pengajaran akan lebih mudah tercapai dengan penggunaan sebutan yang sederhana ini.
Kejayaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu unsur yang sangat penting iaitu kestabilan.Menggunakan sebutan bahasa Melayu baku memenuhi kriteria ini.Setiap orang guru akan konsisten menggunakan sebutan yang seragam. Murid yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pelbagai suku keturunan mudah memahami setiap yang diperkatakan oleh guru yang mengajar di kelasnya. Jelaslah di sini bahawa sebutan bahasa Melayu baku sangat releven digunapakai di dalam kelas. Pewujudan peraturan untuk menghasilkan unsur ketertiban dalam bahasa. Tanpa adanya peraturan, kestabilan bahasa tidak dapat di capai.
Sebutan bahasa Melayu baku merupakan satu jalan terbaik untuk menjadi faktor utama untuk pemahaman murid yang terdiri dari pelbagai latarbelakang geografi dan bangsa. Sebutan bahasa Melayu baku yang seragam inilah yang boleh diterima pakai dalam situasi masyarakat majmuk seperti di negara ini. Memandangkan wujudnya kepelbagaian dialek daerah memerlukan satu lagi penyeregaman satu sebutan yang boleh difahami oleh setiap murid yang berada dalam kelas berkenaan. Disini pula sebutan bahasa Melayu baku memain peranannya.
Pengungkapan bahasa dari setiap orang guru berperanan besar untuk kefahaman murid – muridnya. Pengungkapan bahasa secara sopan memerlukan unsur budi bahasa dalam pengajaran yang disampaikan. Relevennya sebutan bahasa Melayu baku digunapakai di sekolah kerana memenuhi ciri sebagai keberadabannya. Pengajaran dan pembelajaran untuk mendidik kumpulan kanak – kanak ataupun remaja – remaja amatlah memerlukan unsur keberadaban. Sebutan bahasa Melayu yang selaras dan seragam dapat mencegah unsur emosi tanpa kawalan, penghinaan ataupun ejekan. Sebutan yang digunapakai yang seragam dapat memainkan peranannya untuk menambah tahap pengucapan yang lebih sopan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Pelajar - pelajar pada kebiasaannya menggunakan dialek kedaerahan untuk berinteraksi di antara satu dengan yang lain. Walaupun ketika di sekolah, mereka masih juga menggunakan dialek tersebut untuk berkomunikasi dengan guru mereka. Sehingga dialek tersebut mempengaruhi pembelajaran bahasa melayu mereka.
Kesalahan yang dibuat bukan saja di dalam ujian lisan khasnya untuk peperiksaan SPM (penuntut Menengah 5) tetapi juga terbawa-bawa dalam sistem tulisan mereka iaitu dalam penulisan karangan. Kesalahan linguistik yang terdapat dalam masalah pembelajaran bahasa melayu mereka adalah fonetik dan fonologi, morfologi dan sintaksis seperti kesalahan penggunaan imbuhan, tatabahasa dan sebagainya.
Dengan kesalahan yang dibuat itu pelajar-pelajar akan mendapati kesalahan dalam ejaan, penggunaan dan pemilihan kata tidak betul dan lain-lain lagi.
Masalah ini disebabkan kurangnya pendedahan dalam media massa seperti menonton siaran berita dan membaca surat khabar. Selain itu juga ada sesetengah pelajar melayu sejak dari kecil lagi menggunakan bahasa inggeris sama ada berkomunikasi dengan ibu bapa, kawan-kawan dan guru-guru mereka atau mereka dari pelajar kelas aliran sains kerana subjek-subjek yang mereka pelajari dalam Bahasa Inggeris.
Jika dibiarkan masalah ini berkemungkinan mereka akan mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Guru-guru hendaklah mengambil inisiatif agar masalah ini tidak berterusan dengan mengamalkan berbahasa melayu standard di dalam kelas dan menggalakkan mereka membaca surat khabar dan menonton televisyen atau mendengar radio yang berunsur pendidikan agar pelajar-pelajar dapat berbahasa melayu dengan baik.
Masalah pelajar-pelajar Melayu yang berkomunikasi menggunakan dialek daerah adalah masalah utama yang berlaku di beberapa sekolah menengah di negara ini. Ini menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan terbawa-bawa dialek tersebut dalam subjek Bahasa Melayu mereka. Masalah ini bukan sahaja didapati dalam penggunaan sistem tulisan mereka tetapi kadang-kadang juga didapati dalam ujian lisan.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut berhubung dengan pembelajaran mereka ialah kurangnya pendedahan sepenuhnya dalam bahasa Melayu baku. Tambahan pula di sekolah, bahasa Melayu baku boleh digunakan pada mata pelajaran-mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan Pengetahuan Ugama Islam serta pelbagai subjek lain. Mereka kurang berkomunikasi dengan guru, kecuali sewaktu guru mengajar di dalam kelas, itu pun pelajar-pelajar masih terbawa-bawa dengan dialek tempatan.
Disebabkan pengaruh ini, kebanyakan pelajar kurang menguasai sebutan fonem-fonem tertentu dalam bahasa Melayu. Hampir setiap pelajar ditemui menonjolkan beberapa kelemahan dalam menguasai sebutan bagi fonem-fonem yang sama dan tertentu sahaja.
Kebanyakan pelajar-pelajar melayu menunjukkan kekerapan 'salah sebutan' fonem-fonem dan kekerapan pelajar melakukan kesalahan ejaan tertentu dalam karangan bahasa Melayu. Dengan adanya sebutan yang berlainan dan intonasi yang begitu jelas di antara dialek kedaerahan dengan bahasa Melayu standard maka timbullah berbagai-bagai masalah bagi penutur-penutur dialek itu untuk menguasai sebutan bahasa Melayu dengan baik.
Pengaruh bahasa daerah dalam proses pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar melayu menerangkan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh mereka, di antaranya ialah kesalahan tatabahasa, sebutan, ejaan, imbuhan, perbendaharaan kata. Kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar tersebut ada kaitannya dengan penggunaan dialek yang meluas iaitu dialek kedaerahan masing - masing.
Selain dari masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama dari aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini adalah disebabkan bahasa pengantar dan bahasa perhubungan yang digunakan bukanlah seratus peratus bahasa Melayu. Mereka lebih mengutamakan penggunaan Bahasa Inggeris.
Mereka bukan sahaja lemah dalam mengemukakan isi karangan, lemah dalam penyusunan dan teknik mengarang, bahkan yang lebih menonjol lagi ialah terdapatnya beberapa kesalahan dari aspek tatabahasa, pemilihan perkataan, ejaan dan juga tanda baca. Tentang penggunaan dan pemilihan perkataan pula, terdapat perkataan yang dipilih dan digunakan oleh mereka, tidak sesuai dengan konteks. Ada yang menggunakan perkataan pertuturan umum, penggunaan sesetengah istilah yang tidak tepat. Kesalahan dalam penggunaan sendi nama atau kata depan seperti di, ke, pada, kepada, dari dan daripada.
Dalam membuat karangan bukan sahaja kesalahan penggunaan kata dibuat oleh pelajar-pelajar melayu aliran sains tetapi pelajar-pelajar melayu dari aliran sastera. Adapun punca kesalahan ini berlaku, bukan sahaja disebabkan sering menggunakan dialek kedaerahan masing - masing tetapi disebabkan kurangnya pendedahan pelajar kepada dunia luar. Kurang membaca media massa seperti surat khabar, buku-buku yang berunsur pendidikan dan sebagainya. Pendekatan pelajar terhadap media massa harus ditingkatkan seperti menonton televisyen terutama siaran berita. Dari sini pelajar-pelajar terutama yang berbangsa melayu dapat membiasakan diri mereka menggunakan Bahasa Melayu dengan baik.
Pelajar-pelajar melayu juga ada sesetengah dari mereka yang sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris tidak kira di sekolah atau di rumah juga amat sukar untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik jika kurangnya pendedahan seperti yang tersebut di atas. Adapun pelajar-pelajar terutama yang berbangsa melayu tidak banyak berminat untuk membaca surat khabar dan menonton televisyen iaitu siaran berita. Mereka lebih suka membaca majalah yang berbentuk hiburan, membaca komik, menonton televisyen seperti tayangan gambar dan sebagainya.
Adapun kesan-kesan terhadap masalah ini jika tidak dibendung maka pelajar-pelajar akan mengulangi kesalahan yang sama hingga ke peringkat yang lebih tinggi kerana kesalahan ini boleh menjejaskan pemarkahan mereka dalam peperiksaan sama ada kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa dan sebagainya. Guru-guru di sekolah hendaklah mengambil inisiatif agar pelajar-pelajar tidak membiasakan diri mereka menggunakan dialek tempatan dengan cara berkomunikasi dengan pelajar menggunakan sebutan Bahasa Melayu baku. Ini adalah kerana didapati sesetengah guru-guru di sekolah berkomunikasi dengan pelajar-pelajar mereka menggunakan sama ada dialek tempatan atau bahasa mengikut latarbelakang penutur. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tersebut tidak menghiraukan masalah berkenaan.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, bukan sahaja pelajar-pelajar bukan melayu yang mempunyai masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu tetapi pelajar-pelajar Melayu juga sedemikian. Ini adalah disebabkan pelajar-pelajar Melayu kerap menggunakan dialek kedaerahan ketika berkomunikasi di sekolah sama ada sesama mereka sendiri atau dengan guru mereka. Antara puncanya juga kurangnya pendedahan mereka dalam penggunaan bahasa Melayu standard seperti membaca surat khabar, menonton siaran berita dan sebagainya. Dialek kedaerahan bukan sahaja digunakan oleh mereka dalam sistem lisan tetapi ia digunakan dalam bentuk tulisan seperti menulis karangan. Jika mereka tidak berusaha membendung masalah ini, ianya boleh menjejaskan markah para pelajar tersebut di dalam peperiksaan.
Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza.
Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.
Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.
Rabu, 15 Oktober 2008
Langganan:
Postingan (Atom)