Jumat, 03 Februari 2017

Sem6 Sosiolinguistik

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Bahasa tidak dapat dipisahkan dari orang yang menuturkannya. Sungguhpun pengwujudan pertuturan itu adalah hasil kegiatan seseorang sebagai individu tetapi bahasa tidak dapat wujud dalam sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam hubungan mereka antara satu sama lain. Dengan ini dikatakan bahawa bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan individu bukan kepunyaan satu-satu individu tertentu. Bahasa yang sentiasa berfungsi sebagai alat perhubungan itu haruslah teratur dan kemas, malahan di atas keteraturan inilah maka masyarakat Melayu telah menerima lambang-lambang yang didengar dan digunakan itu sebagai Bahasa Melayu untuk rantau ini. Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa asing sudah mulai hilang sifat semula jadinya.Jika awal kajian terhadap bahasa Melayu, pengkaji Barat melihat aturan bahasa Melayu sangat sederhana, tetapi keadaan sudah berubah kini.
Apabila kita menggunakan bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan kita harus mematuhi beberapa peraturan tertentu supaya tidak membuat sesiapa berasa tersinggung atau lebih-lebih lagi menjatuhkan air mukanya. Sesuatu komunikasi yang menggunakan bahasa dilahirkan dalam sesuatu peristiwa bahasa tertentu. Peristiwa bahasa khususnya merujuk kepada kejadian komunikasi yang menggunakan bahasa lisan misalnya antara lain merupakan perbualan antara kaum atau antara rakan seperjabat, temuduga, wawancara, perbahasan, mesyuarat, perundingan dan sebagainya. Tiap-tiap satu peristiwa itu mempunyai formatnya tersendiri disamping peraturan menggunakan bahasa.
Para sarjana telah lama menyedari bahawa bahasa berubah mengikut masa. Mereka juga tahu bahawa banyak antara bahasa-bahasa moden di Eropah berketurunan, dari segi daripada bahasa kuno.Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia .Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dari Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing.
1.2 Objektif
Dalam menjalankan kajian kerja kursus penulis menyatakan tentang perubahan bahasa di samping menyatakan faktor-faktor perubahan bahasa. Melalui faktor-faktor perubahan bahasa ini maka terdapat berbagai proses yang berlaku seperti aspek :
i ) Aspek perubahan dalaman ( internal change )
ii ) Aspek perubahan luaran .
iii ) Memantapkan sistem dan struktur dalam Bahasa Melayu iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap sejajar dengan pemantapan dalam tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan laras bahasa.
1.3 Kaedah Kajian
Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini, saya menggunakan kaedah rujukan di perpustakaan, pembacaan dari majalah ilmu dan kaedah perbincangan bersama tutor dan juga sesama pelajar yang mengikuti kursus sosiolinguistik ini.
1.4 Batasan Kajian
Batasan kajian kerja kursus ini ialah mengkaji perubahan bahasa dalam bahasa Melayu iaitu ia berubah mengikut peredaran zaman dan perbezaannya hanya pada cepat atau lambatnya perubahan itu.
1.5 Definisi Konsep
1.5.1 Perubahan Bahasa
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 : 1752 ) perubahan bermaksud perihal berubah, peralihan, pertukaran.
1.5.2 Bahasa mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 : 106 ) bermaksud sistem bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia ( antara seseorang individu dengan individu yang lain ) dan percakapan yang baik.

2.0 PERUBAHAN BAHASA
Perubahan bahasa bererti penyesuaian atau penggantian faktor-faktor dalam sesuatu bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya.Mengikut Hartmann dan Stork, 1976, perubahan-perubahan ini mungkin disebabkan oleh proses peminjaman seperti peminjaman biasa, atau proses-proses dalaman seperti analogi atau jenis sebutan.
2.1 Proses pembakuan bahasa
Bahasa kebangsaan sesebuah negara hendaklah bersifat standard atau baku kerana dengan bersifat demikian barulah dapat bahasa itu menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai bahasa rasmi negara. Salah satu aspek pengekodan bahasa ialah pembentukan norma-norma yang diterima dan digunakan sebagai panduan oleh penutur-penutur bahasa itu.Sebutan baku bahasa Melayu telah dilancarkan pada penggal kedua persekolahan pada tahun 1988 oleh Kementerian Pendidikan adalah salah satu daripada proses perubahan bahasa.
2.2 Pengaruh daripada Bahasa Asing
2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di :
a) Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b) Talang Tuwo, Palembang (684 M)
c) Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
d) Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686M).
Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana. Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu :
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
Rupa Rupa
Deva Dewa
Dukkha Duka
Dosa Dosa





2.2.2 Pengaruh Arab
Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek seperti berikut :

Bahasa Arab Bahasa Melayu
As - Subh Subuh
Asy – Syukr Syukur
Al - Kursiy Kerusi
Jadwal Jadual
Syakhsiyyah Sahsiah
Qamus Kamus


2.2.3 Pengaruh Portugis
Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah :
Bahasa Portugis Bahasa Melayu
Armario Almari
Garfo Garpu
Igreja Limau
Limao Gereja
Toalha Tuala



2.2.4 Pengaruh Bahasa Jawa
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
a) Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
b) Pengaruh melalui interaksi sosial.
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wirawan dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja. Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu :

Bahasa Jawa Bahasa Melayu
Adipati Raja
Andong Kereta kuda
Batok Tempurung
Berangasan Rasa marah
Wedana Ketua daerah


2.2.5 Pengaruh Inggeris
Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.
Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Flower Bunga
Fan Kipas
Gate Pagar
Fork Garfu
Broom Penyapu


3.0 PERUBAHAN BUNYI DALAM KOSA KATA BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU MODEN
Contoh:
nayik = naik
samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)
mangalap = mengambil (maksudnya mencari)
marlapas = berlepas
mamava = membawa
vala = bala = balatentera
laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)
dangan = dengan
sarivu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
vanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marvuat = berbuat
vanua = benua = negeri
ko = ke

4.0 PENGGANTIAN KATA
Perubahan ini berlaku antara bahasa Melayu Moden pada peringkat awal dengan bahasa Melayu kini. Contohnya :

Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Kini
Iktisad Ekonomi
Kegiatan Aktiviti
Siasah Politik



5.0 PROSES ASIMILASI
Contoh beberapa perkataan yang diasimilasi ialah:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Assimilation Asimilasi
Organization organisasi

6.0 KATA-KATA SLANGA
Menurut Teo Kok Seong, slanga ialah pertuturan terhad kepada subkumpulan dan subkumpulan tertentu dalam sesebuah masyarakat. Slanga ialah bahasa iaitu perkataan biasa yang diberikan pengertian baharu dan digunakan serta hanya difahami oleh sesuatu kumpulan. Contoh perkataan seperti berikut :
Bahasa Slanga Bahasa Melayu
Mak we Teman wanita
Kapur Curi
Cun Cantik


7.0 KESIMPULAN
Bahasa ialah rentetan bunyi ujaran atau deretan huruf yang bermakna. Tanpa makna, bunyi ujaran atau deretan huruf tersebut tidak disebut sebagai bahasa. Sumbangan utama golongan strukturalisme dan fungsionalisme kepada bidang.linguistik sejarah adalah penegasan mereka bahawa setiap perubahan yang didakwa berlaku dalam sesuatu sistem bahasa itu harus dinilai berasaskan implikasi-implikasinya.
Perubahan bahasa berlaku adalah disebabkan beberapa proses tertentu seperti dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, kosa kata, ungkapan, sebutan, laras, wacana, tatabahasa, pertukaran penggunaan kata, pemindahan penggunaan kata, penggubalan istilah, perluasan makna, penyempitan makna, pembentukan akronim, gemblengan kata, perubahan yang dilakukan oleh perancang bahasa, ahli politik, negarawan dan dwibahasawan. Disebabkan perubahan ini, bahasa yang digunakan dan mengalami perkembangan dan akan dikuasai oleh setiap masyarakat menghasilkan hubungan antara satu sama lain akan lebih erat.


Bibliografi
1. Amat Juhari Moin,(1991). Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Asmah Hj. Omar,(1978). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Joshua A. Fishman,(1991). Sosiologi Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Nik Safiah Karim,(1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tidak ada komentar: