Jumat, 03 Februari 2017

komunikasi koperat..imej,identiti

1.0       PENDAHULUAN
      1.1       Pengenalan
                    Komunikasi merupakan bidang yang sangat penting untuk semua bidang yang lain, sehinggakan perbuatan dan tingkahlaku manusia tidak akan sempurna tanpa ada komunikasi       (Narimah 2004).Pada peringkat awal kewujudan manusia, komunikasi hanyalah untuk  kepentingan antara perseorangan sahaja. Dengan perkembangan yang pesat dan setelah berlaku revolusi peradaban manusia telah wujub komunikasi yang lebih komplek. Pada era kebangkitan media adalah bermulanya kepada cetusan komunikasi yang lebih besar, Keadaan ini berlaku apabila pada masa itu perkembangan organisasi telah menjadikan komunikasi adalah bidang utama dalam pemasaran produk dan juga tenaga manusia. Banyak syarikat mula menyedari bahawa komunikasi adalah pemangkin utama dalam dunia perniagaan terutamanya bagi mencetuskan imej korporat sesebuah syarikat. Sebagaimana menurut Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2004) pengetahuan tentang komunikasi menjadikan seseorang atau organisasi itu lebih berjaya dan berdaya saing.
                      Pembentukan syarikat yang mantap sangat berkait rapat dengan komunikasi korporat yang wujud dalam sesebuah organisasi. Dalam era pemodenan ini, organisasi dan syarikat telah sedar bahawa komunikasi korporat sangat penting dalam pembentukan imej korporat, sebagaimana menurut Ind (1990) Komunikasi Korporat merupakan satu proses untuk menterjemahkan atau mengubah sesuatu identiti korporat menjadi imej korporat.
                      Kewujudan perbadanan pada masa ini adalah berorientasikan kecekapan dan juga motivasi pekerja. Dengan bermotifkan keuntungan disamping mengimbangi matlamat keuntungan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Setiap organisasi perlu mempunyai strategi komunikasinya yang tersendiri bagi mewujudkan organisasi atau perbadanan yang berdaya saing serta layak sebagai pemilikan indentiti korporat. Perubahan yang dilakukan mestilah berdasarkan keperluan semasa agar pengerusan strategik yang dirancang dapat disesuaikan dengan tahap - tahap perubahan mengikut satu perancangan secara jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
 1.2      Objektif
                Objektif tugasan ini adalah untuk mengenalpasti pembentukkan identiti, imej dan reputasi  organisasi yang cemerlang seperti Telekom Malaysia berhad yang mampu menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan disegani oleh pesaing dan terkenal melalui pembentukkan identiti, imej dan reputasi yang dirancang dan disusun secara bersistem.
   1.3    Kaedah Kajian
             Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini, saya menggunakan kaedah rujukan di perpustakaan, pembacaan dari akhbar, sidang video dari internet dan kaedah perbincangan bersama tutor dan juga sesama pelajar yang mengikuti kursus KOC3301 Pengenalan Komunikasi Korporat.
1.4       Batasan Kajian
          Batasan kajian kerja kursus ini ialah membuat kajian tentang  kejayaan Syarikat Telekom Malaysia Berhad dalam pembentukkan identiti syarikat, imej syarikat dan reputasi syarikat hingga menyebabkan syarikat ini menjadi terkenal di Malaysia dan di arena antarabangsa.


           
1.5     Definisi Konsep
            1.5.1    Identiti
                     Mengikut Kamus Dewan edisi keempat identiti merujuk kepada sifat – sifat yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.
        1.5.2  Imej
                 Mengikut Kamus Dewan edisi keempat imej bermaksud keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain.
       1.5.3  Reputasi
                   Menurut Kamus Dewan edisi keempat reputasi membawa maksud nama baik atau perbuatan dan lain – lain yang menyebabkan nama baik.
          2.0          Strategi Telekom Malaysia Berhad
                          Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) adalah sebuah syarikat yang sangat jelas identiti korporatnya. Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan syarikat ini silih berganti mewujudkan strategi yang mantap bagi membentuk imej, identiti dan reputasi di persada antarabangsa.

       
 2.1.1     Strategi Identiti Kepada Imej Korporat TM
                     Telekom Malaysia Berhad ™ sangat mementingkan imej korporat, jika dilihat kepada syarikat gergasi di dunia seperti Dell, Pepsi dan Francais terkemuka seperti McDonald dan KFC, mereka memberi fokus utama terhadap imej korporat mereka. Telekom Malaysia Berhad ™ telah banyak merangka dan melaksanakan imej korporatnya tersendiri. Telekom Malaysia Berhad (TM), percaya bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah tentang melakukan perubahan. Sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan peneraju yang kian meningkat naik dalam komunikasi Asia, kumpulan telah mengubah kehidupan segenap lapisan masyarakat sejak sekian lama, sebelum CSR menjadi perkataan yang sering disebut-sebut. Kini dengan kehadiran dan operasi di 13 buah negara, Kumpulan turut memperluaskan usaha CSRnya merentasi sempadan negara melalui anak-anak syarikatnya di seberang laut.
                        Menguatkan lagi komitmen tersebut, TM telah mencipta satu tema iaitu Reaching Out bagi memberi satu imej dan pandangan yang menyeluruh terhadap inisiatif-inisiatif warga korporat TM. Dengan memberi satu "wajah" bagi semua usaha CSR yang dilaksanakan oleh Kumpulan, ia menjadi lebih mudah untuk orang ramai mengenali dan mengaitkan usaha-usaha CSR yang diterajui oleh Kumpulan. Reaching Out telah dilancarkan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia  dalam satu majlis yang telah diadakan di Menara TM, ibu pejabat Kumpulan TM. Dalam lawatan sulung beliau ke Menara Telekom Malaysia di Kuala Lumpur.
                     Identiti yang cuba ditonjolkan oleh Telekom Malaysia dilaksanakan secara berstruktur melalui beberapa program. Identiti yang dibentuk ini lebih kukuh sifatnya dan sukar dirombak. Untuk tujuan tersebut Telekom Malaysia  telah mengubah identiti korporatnya dalam membentuk imej korporat seperti Penjenama semula Kedai Telekom kepada TM Point, pemantapan logo syarikat, warna organisasi, imej pekerja, pengiklanan yang berupaya memberi bomm dan imej portal web yang lebih interaktif.
                            Selaras dengan visinya untuk menjadi syarikat komunikasi pilihan, Telekom Malaysia Berhad meneruskan usahanya ke arah memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti kepada para pelanggannya yang dihargai. Apabila Syarikat melakukan penjenamaan semula pada tahun 2005, ia turut melaksanakan pelbagai program Pengurusan Perhubungan Pelanggan (Customer Relationship Management – CRM) dan salah satu inisiatif yang telah dikenal pasti ialah Transformasi Pusat Panggilan.
                       Transformasi tersebut, yang merupakan satu proses berterusan, diharapkan dapat mencapai yang berikut:
a)   Mencipta nama yang lebih baik di kalangan pelanggan jesteru untuk menghasilkan kepuasan
      pelanggan yang lebih tinggi berhubung perkhidmatan dan jualan.
b)   Kepuasan yang lebih tinggi di kalangan anggota dalam persekitaran baru.
c)   Pusat hubungan hubungantunggalbagipelanggan
d)  Memberikan imej baru Syarikat yang mengutamakan pelanggan

                          Di bawah transformasi ini, TM telah mengambil langkah untuk merasionalkan pusat-pusat panggilannya bagi memberi layanan yang lebih baik kepada pelanggan dan mengoptimumkan sumber yang ada. Ini termasuklah menempatkan semula 12 pusat panggilannya ke hanya 4 lokasi strategik.
                         Identiti Korporat seperti penjenamaan semua dan imej-imej syarikat seperti logo dan warna adalah satu pembaharuan yang sangat berkesan terhadap TM. Pada masa ini semua jenis publisiti dengan tujuan promosi produknya adalah sangat mantap dengan kecekapan penyebaran maklumat yang tepat. TM juga telah membentuk imej produk dan pekerjanya yang cekap, antara contohnya jika pelanggan ingin melayari internet disemua tempat di dunia tidak akan menghadapi masalah, ini kerana produk seperti teknologi broadband, wifi, wireless dan hotspot telah menjadi agenda utama TM.
                          Jika dilihat pada masa kini, antara imej korporat yang sangat berjaya dibentuk oleh TM ialah pembekal rangkaian Broadband terkemuka Negara adalah sangat sinonim dengan TM. Walaupun rangkaian telefon mendapat persaingan yang hebat daripada Syarikat seperti Maxis dan Digi, namun demikian TM telah berjaya mengalih arah dengan membentuk imej pembekal rangkaian jalur lebar melalui TM Net.
2.1.2           Strategi Pemasaran Mesra Pelanggan.
                   Pemasaran adalah elemen utama dalam pembentukkan dan pengaliran produk syarikat. TM telah melaksanakan teknik pemasaran dengan pemantapan dan pengaplikasian komunikasi sebagai elemen yang sangat penting untuk penyebaran produk. Dengan menekankan kedua-dua jenis media massa seperti media cetak dan elektronik telah banyak membantu menaikan imej dan reputasi TM di mata masyarakat. Semua TM Point disusun dalam keadaan mesra pelanggan serta semua jenis maklumat berbentuk cetakan seperti risalah, buku, manual dan boring diletakkan pada bahagian hadapan kaunter supaya pelanggan bebas untuk mengambil sebagai rujukan atau pendaftaran produk.
                          TM juga telah memantapkan portal web mereka dengan mengoptimunkan kemudahan kepada pelanggan seperti pendaftaran di atas talian, serta pembahagian bonus kepada pelanggan yang dapat mendaftarkan rakan mereka melalui Program Member Get Member. Melalui kaedah sebegini telah melonjakkan imej TM yang dapat membantu membentuk Komunikasi Korporat. Portal TM juga telah memberi ruang kepada Laman Mikro seperti Bluehyppo. Bluehyppo merupakan laman mikro yang serba lengkap bagi memenuhi semua kehendak pelanggan seperti e-browser – untuk akhbar secara atas talian. Antara produk yang telah berjaya melonjakkan imej korporat TM ialah gamezone.bluehyppo, broadband. Bluehyppo, event. Bluehyppo, ebrowser. Bluehyppo, chat. Bluehyppo dan booty. Bluehyppo.
                       Melalui portal utama TM iaitu http://www.tm.net.my telah disediakan sistem e-pay yang diiktiraf oleh Bank Negara. Kemudahan ini meliputi pembayaran bil, akhbar, perisian, pengajian, pembelajaran dan juga pembayaran saham syarikat secara atas talian. TM telah mengorak langkah yang sama dengan syarikat terkemuka dunia yang mendaftar syarikat di portal perniagaan menerusi internet yang terkemuka seperti E-Bay dan Amazon.com.
TM juga telah mengunakan televisyen sebagai saluran maklumat kepada pelangganya. Sebagai contoh iklan yang menonjolkan pekerja TM Point mesra dan cepat telah banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap TM. Apabila apa yang ditayang di televisyen adalah benar, ini telah melonjakkan TM sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kecekapan.
2.2.3 Strategi Tanggungjawab Sosial
               Balasan kepada penglibatan kerajaan dalam membiayai perkongsian awam - swasta dengan TM. Selain daripada menyokong inisiatif - inisiatif ke arah mencapai sasaran kadar penembusan jalur lebar. TM telah mengambil beberapa tanggungjawab sosial sebagaimana yang berikut :
Ø  Memperluaskan rangkaian HSBB ke bangunan - bangunan kerajaan dan institusi - institusi pengajian tinggi Awam dan Swsta yang terletak di dalam dan di luar lngkungan liputan HSBB. Sejumlah 83 buah institusi telah terlibat.
Ø  Menyediakan platform kandungan bagi pembekal - pembekal kandungan dan aplikasi.
Ø  Mewujud dan menawarkan pakej - pakej jalur lebar kos rendah untuk orang ramai.
Ø  Membina telecentres di luar kawasan yang telah ditetapkan untuk masyarakat awam dalam tempoh tertentu.
Ø  Menganjurkan program - program kesedaran awam seperti pameran, persidangan, pusat - pusat jalur lebar untuk orang ramai mencuba sendiri dan sebagainya.
                    Pelaksanaan aktiviti - aktiviti ini, merupakan salah satu usaha TM membina pengurusan identiti kepada lebih berfokus dan bermatlamat. Setiap komponen TM digerakkan dan bekerjasama. Komunikasi korporat disepadukan sama ada dalam aspek pengiklanan, perekaan, perhubungan awam, kempen jualan dilakukan dengan seimbang agar tiada pertindihan objektif, matlamat dan sebagainya supaya imej dan identiti TM terserlah di dunia terutama Malaysia khasnya.
     3.0  TM Ke Arah Reputasi Cemerlang
               3.1.1  TM dalam Pengurusan
               TM telah memilih dan melantik beberapa orang tokoh yang begitu berwibawa dan berakauntibiliti untuk memastikan imej dan reputasi syarikat sentiasa cemerlang dan unggul. Antara yang pernah menjadi pengarah TM ialah Tan Sri Dato’ Ir. Muhammad Radzi bin Haji Mansor, beliau memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik dari kolej Faraday House Engineering,London dalam tahun 1962. Pernah menjadi Ketua Pengarah JTM. Dato’ Dr. Md. Khir Bin Abdul Rahman juga merupakan mantan pengarah TM. Beliau dilantik sebagai ketua Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah. Beliau memiliki Ijazah Sains Kedoktoran. Pembinaan imej koporat dengan memilih Lembaga Pengarah yang begitu terserlah dalam bidang tertentu.
             Y.B.Dato’ Ir. Haji Mohd Zin bin Mohamed dan Y.B. Joseph Salang Gandum merupakan dua orang tokoh penting yang pernah menjadi ahli Pengarah TM. Tokoh politik yang ada dalam sebuah organisasi gergasi seperti TM ini telah membentuk imej koporat yang lebih cemerlang. Profil lembaga pengarah yang menerajui TM telah membawa reputasi syarikat ini terkenal dan membina identiti yang lebih positif.
3.1.2 TM  Dan Pendidikan
                   TM turut membina imej koporat dalam bidang pendidikan. Penubuhan Universiti Telekom Sdn. Bhd. Pewujudan Universiti ini adalah dengan mandat yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada TM untuk menubuhkan Universiti swasta pertama di Malaysia. Lahirlah Universiti Multimedia (MMU) telah melopori kajian dalam bidang teknologi. MMU telah bekerjasama dengan organisasi - organisasi terkemuka antaranya Microsoft, Intel, NNT,  Fujitsu, Nokia, IBM dan sebagainya secara tidak langsung telah membawa kejayaan dalam pembentukan imej dan identiti TM ke arah yang lebih baik dikalangan khalayak dan organisasi.
                    Kolej Latihan Telekom (KLT)  Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh Jabatan Telekom Malaysia. KLT menerima status ‘kolej’ daripada Kementerian Pendidikan pada tahun 1995. KLT kini mempunyai 390 anggota termasuk lima kampus cawangan di Taiping, Kuala Terengganu, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu. KLT telah membuat hubungan kerjasama dengan institusi - institusi antarabangsa seperti Curtin University Of Technology di Australia, University Of Portsnouth, Staffortshire De Monfort University di United Kingdom (UK). Di dalam negara pula KLT telah bekerjasama dengan Universiti Multimedia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Terbuka Malaysia.
                 Kini KLT telah menawarkan lebih 2500 kursus, seminar dan bengkel dalam bidang - bidang teknikel, pengurusan, IT dan multimedia. Tahun 2002 KLT telah menerima sijil MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM. KLT turut dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia sebagai satu - satunya Agensi Pemerakuan bagi industri telekomunikasi di Malaysia. TM berjaya menjadi satu organisasi yang bertaraf dunia bagi pendidikan telekomunikasi di samping menyumbang kepada pencapaian visi negara ke arah k - ekonomi. 
3.1.3 TM Dan Syarikat
                VADS Berhad (VADS) terlibat dalam perniagaan menyediakan perkhidmatan rangkaian terurus (MNS) dan rumusan aplikasi kepada syarikat - syarikat korporat di Malaysia. Selaras dengan peningkatan permintaan pelanggan, VADS telah menyediakan e - perkhidmatan dan e - rumusan terurus yang merupakan perkhidmatan sokongan kepada perniagaan terasnya. VADS telah bekerjasama dengan beberapa organisasi global untuk meningkatkan imej seperti AT&T, Cisco Systems, IBM Corporation, Microsoft dan Onyx Corporation. Perkongsian strategik ini akan membolehkan VADS mempelbagaikan rumusan dan daya saingnya dalam pasaran MMS.
                        Fiberail Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai sebuah syrikat usaha sama antara TM dan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Syarikat usaha sama ini telah dianugerahkan lesen untuk membekalkan perkhidmatan yang berkaitan dengan rangkaian telekomunikasi dengan menggunakan kabel faber optik di sepanjang rel keretapi. Rangkaian kabel fiber optik sepenjang 1600 km ini menghubungkan semua bandar - bandar utama di Malaysia. Fiberail memperolehi pendapatan yang kukuh hasil dari rangkaian sedia adanya dan memperkembangkan portfolio perkhidmatan jalur lebar dengan membekalkan internet canggih, perkhidmatan pengangkutan data dan data lanjutan serta rangkaian persendirian maya. Syarikat ini juga turut menerima anugerah Sijil Sistem Penguruan Kualiti ISO 9001:9002, ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen syarikat dalam memenuhi keperluan kualiti.
                    Meganet Communications Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pembekal perkhidmatan sistem Bangunan Pintar (IBS). Anak syarikat TM ini ditubuhkan pada Julai 1997, sempena pelancaran Bandar Cyberjaya. Meganet menyediakan perkhidmatan - perkhidmatan tambahan tambah nilai seperti Sistem Pengurusan Rangkaian, Sistem Elektrikal Bangunan Pintar (iBES), Penghijrahan IT, Pembangunan Aplikasi, Perkhidmatan Perbandaran, Perkhidmatan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) Tanpa Wayar dan Sistem Letak Kereta. Syarikat ini juga turut terlibat dalam Kementerian pendidikan seperti projek Politeknik Port Diskson, Politeknik Sabak Bernam dan UITM Seberang Prai, Pulau Pinang.
                    Telekom Sales & Services Sdn. Bhd (TSSSB) juga merupakan anak syarikat TM. Syarikat TSSSB ini memberi perkhidmatan kepada kira - kira 2.6 juta pelanggan dan lebih 200 badan koporat. TSSSB mengendalikan 154 buah Kedai Telekom dengan perakuan ISO di seluruh negara. Fungsi utama TSSSB ialah menawarkan perkhhidmatan TM seperti penyediaan perkhidmatan, pungutan dan pembayaran bbil, serta pertanyaan dan perkhidmatan - perkhidmatan biro. Tahun 2002, TSSSB mendatangani perjanjian dengan DRB - Hicom untuk memasarkan komputer - komputer peribadi KOMNAS melalui Kedai Telekom.
                       Telekom Applied Business Sdn. Bhd. (TAB) merupakan sebuah syarikat yeng telah menaikkan imej TM. Ini terbukti apabila syarikat TAB menerima anugerah ICT MSC - Asia Pasifik (MSC-APICTA) pada 4 April 2002. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan Komunikasi Maya (VCS) Produktif inovatif TAB telah berjaya mengondol anugerah untuk “Teknologi Komunikasi Tambah Nilai Terbaik”. Satu pakatan strategik telah berlaku antara TAB dan Jurusan Suria Sdn. Bhd. untuk membangunkan rumusan SMS talian tetap (FSMS). Perkhidmatan yang serba canggih dan terkini ini telah memberi imej yang baik kepada TM.
                        Telekom Publications Sdn. Bhd. (TPSB)  adalah anak syarikat TM yang berfungsi dalam menerbitkan Buku Panduan Telefon Malaysia (White Pages dan Yellow Pages) dalam bentuk cetakan dan multimedia yang mempunyai pengguna lebih 6.3 juta pengguna di seluruh negara. TPSB ini diberikan status MSC sepenuhnya dan bertanggungjawab untuk memperkukuhkan perniagaan multimedia serta menggalakkan pertumbuhan multimedia di Malaysia. TPSB menerbitkan buku panduan mengenai industri, komersial dan badan - badan kerajaan dengan 300000 syarikat dan 18000 jenama yang tersenarai. Syarikat ini juga menawarkan SMS dengan penggunaan kod ringkas setelah menjalin hubungan dengan TMTOUCH.
                         Telekom Technology Sdn. Bhd. (TTSB) adalah sebuah syarikat usaha sama antara TM dan Prism Holding Ltd. dari Afrika Selatan. Dalam perniagaan ini, perkhidmatan suis transaksi untuk pembayaran bil dan pembelian perkhidmatan tambah nilai. TTSB menawarkan perkhidmatan pembayaran melalui internet dan pusat - pusat jualan di kedai - kedai terpilih sama ada di dalam mahupun di luar negara. Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang mengurus dan menyelia menara telekomonukasi yang keempat tertinggi di dunia. Menara ini telah menjadi mercu tanda bagi negara ini. Menara yang berukuran 421 meter ini merupakan satu imej yang sangat bermakna kepada TM. Menara ini telah dijadikan daya tarikan untuk pelancong luar dan dalam negara. Pelbagai bentuk kejohanan, seminar, keraian telah diadakan di sini.
                   GTN Sdn. Bhd. adalah sebuah anak syarikat TM. Syarikat ini menyediakan rangkaian telekomunikasi bersepadu kerajaan dalam menyediakan rangkaian dan perkhidmatan bersama kepada agensi - agensi kerajaan secara diswastakan. Satu usaha sama telah dibentuk di antara TM dan Permodalan Nasional Berhad. Pembinaan rangkaian yang selamat dan efisien yang disediakan untuk kerajaan ini dinamakan EG.Net. Ini adalah langkah pertama untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang e - kerajaan. Usaha yang berterusan dan tersusun yang dilaksanakan oleh TM membolehkan kerajaan Malaysia bergerak maju ke arah suasana kerja yang generik.
3.1.4  TM dan Sukan
         Imej TM turut wujud dalam bidang sukan di Malaysia. Atas sebab itulah, TM sering menaja pelbagai acara sukan. Bermula dari penajaan perlawanan bola sepak pelajar tempatan, sukan paralimpik, dan Sukan Malaysia (SUKMA), kepada acara antarabangsa seperti Telekom Malaysia La Tour de Langkawi. TM turut menyumbang kepada kepakaran telekomunikasi untuk Sukan Komenwel ke-16 pada tahun 1988, di samping Sukan SEA ke -21 pada tahun 2001.
3.1.5   TM dan Masyarakat
             Usaha TM untuk meningkatkan imej koporat yang prihatin dilaksanakan dengan tersusun dan terancang. Antara sumbangan TM yang meninggalkan kesan ialah memberikan sumbangan aksesori praktikal kepada jemaah haji berupa beg selendang, tuala muka, teg bagasi dan punjut kasut di samping buku - buku doa. TM turut menawarkan perkhidmatan panggilan terus dari Mekah ke Malaysia.
             TM juga turut melibatkan penyertaan koporat dalam Majlis Kanser Malaysia (MAKNA). TM telah menjadi penaja utama kepada komunikasi percuma pada hari kempen derma untuk para pesakit. TM juga terlibat dalam menjadi penyumbang utama yang diadakan oleh Majlis AIDS Malaysia pada tahun 2002.
                 TM juga turut terlibat dalam OPS Sikap pada musim perayaan di Malaysia. Antara yang dilakukan oleh TM ialah memberi sumbangan dalam menjayakan kempen tersebut. Selain dari sumbangan berupa wang ringgit, sumbangan lain yang turut di beri merupakan sumbangan barangan berupa kanopi, kain rentang dan juga poster. Logo - logo TM yang ada di sepanjang perjalanan balik ke kampung merupakan satu bentuk promosi koporat secara tidak langsung.
              



    Kesimpulan
                Pembentukan identiti, imej dan reputasi dalam organisasi yang cemerlang akan tercetuskan dengan kemantapan dan terjemahan identiti korporat kepada imej korporat. Untuk membentuk komunikasi korporat yang mantap perlulah merangka strategi korporat yang berkesan. Keadaan ini dibentuk berdasarkan sesuatu perspektif yang kukuh, iaitu kejayaan dalam perspektif moden atau kontemporari perlu wujud pemerhatian emprikal yang berdasarkan pandangan bahawa tidak ada satu pun strategi korporat yang tepat atau lengkap. Walaubagaimanapun Montgomery (1998) berpendapat bahawa strategi korporat perlu melalui lima elemen utama iautu sumber, operasi perniagaan, skruktur, sistem dan proses.
               Dalam membentuk identiti, imej dan reputasi kemantapan dan strategi komunikasi perlulah menjalani penilaian peringkat pengurusan yang berlandaskan ADOTPS. Analisis ini sangat perlu kepada setiap peringkat seperti kebaikan, keburukan, peluang, faktor masa, masalah dan pemegang taruh atau kepentingan adalah element utama dalam mementukan sesuatu strategi tersebut boleh diguna pakai atau tidak.
                 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulankan bahawa setiap organisasi, perbadanan dan syarikat perlu membentuk identiti, imej dan reputasi yang tersohor supaya  maklumat dan produk syarikat mendapat tempat dalam masyarakat. Pengurusan korporat adalah tonggak utama dalam merangka dan melaksanakan semua strategi komunikasi bagi membentuk identiti,  imej dan reputasi organisasi  yang cemerlang di mata masyarakat.


Rujukan :
Ab. Aziz Yusof, 2002, Prinsip Keusahawanan, Selangor : Prentice Hall.
Abdullah Hassan Ainon Mohd (1997) "Komunikasi Untuk Pemimpin" Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SDN.BHD.
Abdullah Sanusi Ahmad (1980)”Kerajaan dan Pentakbiran Malaysia” Dewan Bahasa Dan     Pustaka, Kuala Lumpur.
Abu Zahari Abu Bakar (1980)”Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia” Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Astrid S.Susanto (1997) "Komunikasi Teori dan Praktis 2" Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gerald M.Goldhaber (1990) "Komunikasi Dalam Organisasi" Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut Tadbiran Awam Negara, Negara Kita, 1986 : Sejarah, Pentakbiran dan -                                        Dasar -  Dasar Pembangunan. Institut Tadbiran Awam Negara: Kuala Lumpur.

Jaafar Muhamad, Edisi Ketiga (Oktober, 1997) "Kelakuan Organisasi" Kuala Lumpur: Leeds Publications.
James A.F.Stoner & Charles Wankel, Edisi Ketiga (1989) "Pengurusan" Petaling Jaya:Amiza Publishing SDN.BHD.
Kamus Dewan Edisi Keempat (1984) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Komunikasi Masa Kini”, Serdang: UPM Press.

Muhd Mansur Abdullah (1998) "Komunikasi Dalam Pengurusan" Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Aishah Buang, 2002, Asas Keusahawanan, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.

Samir Muhazzab Amin, Zulhamri Abdullah, Azali Mohamed, Mohammad Shatar Sabran,
& Paramasivam Muthusamy. (2009). “Keusahawanan”. Serdang: UPM Press.

Zaidaton Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias, 1997, Keusahawanan dan Motivasi
 Diri, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Zulhamri Abdullah. (2008). “Kepentingan Identiti dan Imej Korporat” in book on “Cabaran





Tidak ada komentar: